Langgan newsletter kami!
Ct Nurhaliza Header

Biodata Siti Nurhaliza, Penyanyi Nombor Satu Malaysia

Biodata Lengkap Siti Nurhaliza
  • Nama Penuh: Siti Nurhaliza binti Tarudin
  • Nama Popular: Siti Nurhaliza
  • Nama Penggilan: Siti @ ct
  • Tagline: #ctdk
  • Gelaran: Datin Seri
  • Tarikh Lahir: 11 Januari 1979
  • Umur: 37 Tahun (2016)
  • Tinggi : 164 cm
  • Asal: Kampung Awah, Temerloh, Pahang
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia

 

Profil Keluarga Siti Nurhaliza
  • Ayah: Tarudin Ismail
  • Pekerjaan Ayah: Polis
  • Ibu: Siti Salmah Bachik
  • Pekerjaan Ibu: Suri rumah
  • Suami: Datuk Khalid Mohammed Jiwa atau lebih mesra dipanggil Datuk K (Berkahwin pada 21 Ogos 2006)
  • Adik beradik: Anak kelima daripada lapan adik-beradik. Adik beradik yang lain adalah Saiful Lizan, Saiful Bahri, Siti Nursaida, Mohd Ali, Siti Nursaerah dan Mohd Hafiz.

 

Profil Pendidikan Siti Nurhaliza
  • Pra-Sekolah: Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Kuala Lipis
  • Sekolah Rendah: Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis
  • Sekolah Menengah: Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis

 

Kegemaran Siti Nurhaliza
  • Hobi: Menonton movie dan membaca majalah
  • Warna kegemaran: Hijau
  • Makanan kegemaran: Masakan kampung, ala Thai dan masakan ibu
  • Minuman kegemaran: Minuman panas
  • Genre muzik kegemaran: Pop, alternative, R&B dan tradisional
  • Artis kegemaran: Ziana Zain, Celine Dion, Allahyarham Sudirman dan P.Ramlee
  • Perkara disukai: Membeli belah, mengusik anak buah dan memerap di dalam bilik

 

Kerjaya Siti Nurhaliza
  • Kerjaya: Penyanyi, Penulis Lagu, Penerbit, Pengacara TV, Ahli Perniagaan, Pelakon dan Jurucakap Produk
  • Genre Muzik: Irama Malaysia, Etnik Kreatif, Pop, M-Pop, Soft rock, Pop rock, R&B, Nasyid, Balada dan Dance-pop
  • Lagu Popular: Jerat Percintaan, Melawan Kesepian, Cindai, Percayalah, Ku Mahu, Biarlah Rahsia, Aku Cinta Padamu, Tahajjud Cinta, Bukan Cinta Biasa, Wajah Kekasih, Kesilapanku, Keegoanmu, Bisikan Asmara, Purnama Merindu, Diari Hatimu, Nian Di Hati, Hati Kama (duet Noraniza Idris), Walinong Sari, Balqis, Joget Kasih Tak Sudah, Bicara Manis Menghiris Kalbu, Nirmala, Badarsila, Kurik Kundi, Ku Milikmu, Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Suara Takbir, Air Mata Syawal, Dialah Di Hati, Lagu Rindu, Seindah Biasa, Siti Situ Sana Sini, Destinasi Cinta, Mawarku, Tiga Malam
  • Duta Produk: Pantene, OLAY Total Effect, Hotlink, Samsung Digital, Minolta, Jusco “With All Our Hearts Charity Fund”, TM Net, BLEU/PEPSI dan Maybelline New York

 

Media Sosial Siti Nurhaliza

 

Fakta Menarik Tentang Siti Nurhaliza
  • Sewaktu kanak-kanak, Siti Nurhaliza sering digelar “tomboy” disebabkan perwatakannya yang cergas dan kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Namun begitu, di bawah jagaan ibunya, Siti beralih kepada penampilan yang lebih feminin, berbudi bahasa dan lemah lembut.
  • Ketika zaman kanak-kanak, beliau bercita-cita untuk menjadi polis seperti bapanya.
  • Beliau juga adalah seorang yang aktif di sekolah dan pernah mewakili sekolah dalam sukan bola jaring, hoki dan bola tampar.
  • Siti Nurhaliza pernah memenangi pertandingan nyanyian pertamanya pada usia 12 tahun, apabila menyanyikan lagu patriotik “Bahtera Merdeka” di sebuah Karnival Kuala Lipis. Namun, kerjaya nyanyian sebenar beliau bermula pada usia 16 tahun selepas memenangi pertandingan nyanyian Bintang HMI 1995.
  • Nama beliau mula melonjak naik apabila Single pertama, Jerat Percintaan memenangi Anugerah Juara Lagu ke-11 dan kemenangan berganda empat di Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Penghibur Televisyen Paling Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Remaja Popular dan kemenangan keseluruhan, Bintang Paling Popular.
  • Populariti beliau ditambah dengan penampilan imej yang sopan, bersih dan tiada gosip yang bukan-bukan dalam kerjaya nyanyian mahupun kehidupan peribadi.
  • Sebelum berkahwin dengan Datuk Khalid Mohammed Jiwa, Siti Nurhaliza pernah digosipkan bercinta dengan Zamani, Anuar Zain dan Dr Fazley Yaakob.
  • Siti Nurhaliza dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia, Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-76 pada 2006. Beliau sebelum itu telah dianugerahi Darjah Kebesaran Keempat Negeri Pahang, Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Paduka Mahkota Perak (PMP) dan Johan Setia Mahkota (JSM).
  • Pada sambutan harijadi yang ke-34 iaitu 11 Januari 2013, Siti Nurhaliza mengesahkan yang beliau telah berhijrah kepada pemakaian tudung sepenuhnya. Ini termasuklah untuk persembahan di atas pentas dan juga kehidupan harian.

Di tahun 2016 ini, walaupun penyanyi baru lahir dan tumbuh bak cendawan, tambahan lagi dengan adanya saingan dari penyanyi program realiti tv, Akademi Fantasia dan penyanyi yang lahir dari youtube, namun nama Siti Nurhaliza terus unggul sebagai penyanyi No.1 negara.

 

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung

Fesyen Tudung Siti Nurhaliza

Wajah Cantik Siti Nurhaliza Dgn Fesyen Turban

Wajah Comel Ct Nurhaliza

Fesyen Berhijab Siti Nurhaliza Pada Majlis Perkahwinan Khairul Fahmi 2013

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung Penuh

Gambar Siti Nurhaliza Make Up Cantik Dan Menggoda

Gaya Romantik Siti Nurhaliza Dan Datuk K

Photoshoot Cantik Siti Nurhaliza

Photoshoot Warna Warni Menarik Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Dengan Fesyen Bertudung Serba Putih

Siti Nurhaliza Dengan Make Up Cantik

Siti Nurhaliza Sedikit Berisi Dan Gemuk

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: