Langgan newsletter kami!
Che Puan Khaleeda Bustamam JDT

Biodata YM Che Puan Khaleeda Bustamam, Isteri TMJ

Yang Mulia Che Puan Khaleeda binti Bustamam merupakan adalah isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim.

Biodata YM Che Puan Khaleeda Bustamam

  • Nama Penuh: Yang Mulia Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam
  • Tarikh Lahir: 16 Julai 1993
  • Umur: 24 Tahun (2017)
  • Tempat Lahir: Kuala Lumpur
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Ibubapa: Bustamam bin Daud (Ayahanda) & Aziyah binti Abdu Aziz (Bonda)
  • Keluarga: Anak bongsu daripada lima adik-beradik (dua perempuan dan dua lelaki)
  • Pendidikan:
    – Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor (2000 – 2003)
    – Sekolah St. George’s Hanover Square, London (2003 – 2004)
    – Sekolah Menengah Westminster Academy London (September 2004 – Julai 2008)
    – Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur (2010)
  • Status: Berkahwin (pada 24 Oktober 2014)
  • Nama Suami: Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor)

Fakta Menarik Tentang YM Che Puan Khaleeda Bustamam

  • Berkahwin dengan Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) pada 24 Oktober 2014 di Istana Bukit Serene. Perkahwinan ini telah disempurnakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahir Samsudin.
  • TMJ menyifatkan jodohnya dengan YM Che Puan Khaleeda Bustamam sebagai cinta pandang pertama.
  • Dikurniakan Darjah Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada 15 Mac 2015 oleh DYMM Sultan Johor.
  • Dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata iaitu Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah (lahir pada 25 Jun 2016) dan Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (lahir pada 14 Oktober 2017).
  • Fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta sedikit sebanyak bahasa Sepanyol.
  • Mempunyai hobi membaca untuk menambah pengetahuan dan aktif dalam bidang sukan seperti bola sepak, badminton, bola jaring dan bowling.

Che Puan Khaleeda Bustamam Dengan Baby

TMJ Dan Che Puan Khaleeda Bustamam

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: