Langgan newsletter kami!
Zetty Hot FM

Biodata Zetty, Penyampai Radio Baru Hot.FM

Biodata Zetty Nabila Hot FM | Bijak, petah berkata-kata dan lincah telah membuka pintu rezeki buat gadis bernama Zetty Nabila Muhamad Ghazali apabila dilamar menjadi salah seorang penyampai radio sepenuh masa di Hot.FM.

Mesra disapa Zetty, figura kecil molek ini mengendalikan slot Muzik Hot yang berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat (10 pagiĀ – 4 petang) dan Selebriti Hot pada hari Sabtu (8 pagi – 10 pagi).

Selain bertugas dikonti radio, anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut diberikan kepercayaan untuk menjadi pengacara program travelog iaitu Destinasi Bajet di TV9 yang dahulunya dihoskan oleh Qi Razali.

Jom kita berkenalan dengan ahli keluarga baru Hot.FM ini.

Biodata Zetty

  • Nama Penuh: Zetty Nabila Binti Muhamad Ghazali
  • Nama Komersil: Zetty Nabila / Zetty Hot.FM
  • Tarikh Lahir: 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Kerjaya: Penyampai Radio dan Pengacara
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Host TV: Destinasi Bajet
  • Facebook: facebook.com/zettyhotfm
  • Instagram: instagram.com/zetty_hotfm

Trivia Menarik Zetty

  1. Pernah menjadi penyampai radio sambilan selama dua tahun di Hot.FM sebelum diserap menjadi deejay tetap stesen radio berkenan.
  2. Kemasukan Zetty di Hot FM adalah disebabkanĀ perpindahan Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad atau Rea dari Hot FM ke Kool FM.
  3. Merupakan bekas ahli zoomerz di Hot.FM sejak 2012.
  4. Voice Over (VO) untuk iklan di radio dan televisyen.
  5. Sukakan aktiviti seperti sukan bermotor, melancong dan mencuba makanan baru.
  6. Merupakan finalis Projek 3R (Respek, Relaks, Respon) bersama-sama Jasmine Suraya Chin dan Dayah Abu Bakar.
  7. Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang d Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  8. Mempunyai hampir 10 ribuĀ pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Gadis Manchester United Zetty Hot FM

Zetty HOT FM Dan Syafiq Kyle

Zetty Hot FM Di Konti Radio

Zetty Hot FM

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

One comment

  1. Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan ustaz zizie kepada puan yang ada pada kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: