Langgan newsletter kami!
Pejabat J&T MY

Cara Semak Tracking J&T Express Secara Online

Cara Track J&T Express. J&T Express merupakan syarikat penghantaran barang ekspres seperti PosLaju, DHL dan GDex. Antara syarikat di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan ini tentulah laman membeli belah online popular, Shopee.

Kini, status penghantaran barang melalui J&T Express boleh disemak secara online. Dengan adanya perkhidmatan tracking ini, status barang yang dihantar akan diketahui dengan lebih mudah dan cepat. Jadi pengguna tidak perlu tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu bilakah barang yang dipos akan tiba.

Untuk menyemak dan track status parcel J&T Express yang dihantar, pengguna hanya perlu memasukkan maklumat tracking no atau airwaybill number sahaja. Jika pengguna hendak track lebih dari satu barang, sila masukkan tracking no dan asingkan dengan simbol “,”. Pengguna boleh menyemak sehingga 10 barang dalam satu masa.

Antara maklumat yang boleh kita dapati melalui perkhidmatan J&T Express Trace & Track ini adalah:

  • Tarikh barang dihantar
  • Proses-proses penghantaran
  • Status terkini
  • Lain-lain aktiviti berkenaan barang tersebut

Berikut adalah cara menyemak status penghantaran barangan anda secara online tanpa perlu datang ke pejabat J&T Express. Ianya sangat mudah dan tentunya menjimatkan masa.

Langkah Terperinci Semak Tracking J&T Express

  1. Pergi ke laman web rasmi J&T Express.
  2. Masukkan nombor tracking kurier atau airwaybill number pada kotak semakan yang disediakan.
    – Nombor tracking tidak perlu dijarakkan.
    – Boleh masukkan sehingga 10 nombor yang hendak disemak dalam satu masa.
    – Asingkan setiap nombor tracking dengan simbol “,”
  3. Tekan button ‘TRACK’.
  4. Lihat status dan maklumat terperinci tentang barang yang dihantar.

J And T Tracking

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. MY219062950466G
    ( standard delivery )
    Nordianaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: