Langgan newsletter kami!

Dasar Privasi

Dasar Privasi ini terpakai untuk sambungan, akses dan penggunaan anda di semua laman web, laman web berkaitan dan aplikasi yang berkaitan Azhan.co (“Laman”). Dengan mengakses mana-mana halaman atau ciri Laman dan / atau menggunakan perkhidmatan dan / atau produk, anda bersetuju untuk terikat dengan Dasar Privasi ini tanpa batasan atau kelayakan.

Jika anda tidak menerima Dasar Privasi ini, sila hentikan akses anda ke Laman dengan segera atau jangan memberi apa-apa Data Peribadi anda kepada kami.

1. Pengumpulan Data Peribadi

1.1. Bagi tujuan Dasar Privasi ini, Data Peribadi bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat berkenaan dengan nama, umur, nombor telefon, telefon bimbit dan faksimili, alamat e-mel, alamat kediaman dan/atau pejabat, nombor kad pengenalan/nombor paspot, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, bangsa, etnik, kewarganegaraan, pekerjaan, maklumat anak-anak, imej (termasuk gambar) dan suara dan / atau kesamaan dalam format audio dan / atau video, banjaran pendapatan, maklumat majikan, maklumat bank, maklumat kad kredit, data sosio dan/atau gaya hidup, alamat IP anda dan apa-apa maklumat lain mengenai anda yang anda berikan kepada kami dari semasa ke semasa.

1.2. Data Peribadi anda akan dikumpulkan daripada pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: –

(a) secara langsung daripada anda melalui apa jua cara dan/atau dalam apa jua perkara;
(b) diperolehi secara bebas daripada sumber-sumber umum yang sedia ada atau sumber-sumber lain yang sah;
(c) melalui Laman dan dari cookies yang digunakan di Laman ini;
(d) diperolehi daripada pelbagai entiti atau bahagian dalam Kumpulan; dan
(e) diperolehi daripada pihak-pihak ketiga.

2. Cookies dan Peranti Penjejakan lain

2.1. Kami mungkin menggunakan cookies dan teknologi penjejakan lain untuk meningkatkan dan memperibadikan penggunaan Laman ini. Cookies adalah kepingan kecil maklumat yang disimpan di cakera keras komputer atau peranti anda untuk tujuan penyimpanan rekod, dan digunakan oleh kami untuk mengesan lawatan anda. Cookies boleh digunakan untuk menyimpan pilihan anda untuk kemudahan anda semasa menggunakan Laman ini.

2.2. Dari semasa ke semasa, kami mungkin membenarkan pihak ketiga (termasuk pengiklan) untuk menetapkan cookies di Laman kami untuk tujuan yang mungkin termasuk penyelidikan pasaran, iklan, penjejakan pendapatan, untuk meningkatkan kefungsian Laman atau pemantauan bagi pematuhan degan perjanjian pengguna atau perjanjian langganan yang berkaitan. Kami mungkin tidak mempunyai akses kepada cookies pihak ketiga ini dan pihak-pihak ini mungkin mempunyai dasar privasi mereka tersendiri dan maklumat yang dihasilkan oleh cookies tersebut daripada penggunaan di Laman ini mungkin dihantar dan disimpan di pelayan pihak ketiga tersebut.

2.3. Anda boleh memilih untuk memadam atau menyekat cookies tersebut dengan mengubah tetapan pada komputer atau peranti anda. Walaubagaimanapun, memilih untuk berbuat demikian boleh mengurangkan fungsi Laman, kualiti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan / atau produk atau boleh menghalang akses ke kawasan bagi pendaftaran / langganan sahaja atau ciri-ciri tertentu Laman.

3. Sekuriti

3.1. Kami telah melaksanakan teknologi, dasar dan langkah yang munasabah yang direka untuk mengamankan dan melindungi privasi anda daripada akses yang tidak dibenarkan, penggunaan yang tidak wajar, pendedahan dan pengubahan.

3.2. Walaupun kami akan menggunakan usaha terbaik untuk mengekalkan pelan keselamatan yang kami anggap secukupnya untuk melindungi Data Peribadi anda, kami tidak menjamin bahawa Laman ini akan bebas daripada pelanggaran keselamatan, terutama disebabkan oleh tindakan pihak ketiga yang tidak dibenarkan seperti tetapi tidak terhad kepada serangan spoof, hacking sesi, sniffing atau pengganguan.

3.3. Apabila anda mendaftar atau melanggan sebarang perkhidmatan dan / atau produk, anda boleh diberikan identiti unik yang terdiri daripada identiti pengguna anda dan / atau kata laluan anda (“Identiti”). Adalah tanggungjawab anda untuk memastikan Identiti anda dijamin dan tidak berkongsi atau membolehkan sesiapa sahaja untuk mengakses Identiti anda (sama ada anda telah bertindak secara lalai atau tidak). Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa pelanggaran keselamatan atau privasi di mana ia disebabkan oleh apa-apa tindakan atau peninggalan oleh anda yang membolehkan pihak ketiga untuk mengakses Identiti anda atau Laman dan perkhidmatan dan / atau produk melalui Identiti anda.

4. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

4.1. Data Peribadi anda akan dikumpul, diproses dan digunakan oleh kami untuk tujuan berikut: –

(a) untuk mengesahkan Identiti anda;
(b) untuk pendaftaran akaun pengguna dan untuk mengurus dan mengekalkan akaun atau keahlian anda dengan kami;
(c) untuk menghantar kepada anda jemputan ke pelancaran produk, bahan promosi, perkembangan terkini, tawaran istimewa dan iklan untuk tujuan pemasaran;
(d) untuk membekalkan kepada anda perkhidmatan dan/atau produk yang ditawarkan oleh kami atau pihak ketiga yang diminta oleh anda atau yang kami berpendapat mungkin diminati oleh anda atau untuk memproses sebarang permohonan atau selainnya apa-apa komunikasi daripada anda kepada kami;
(e) untuk memproses penyertaan anda dan untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan penyertaan anda dalam mana-mana acara, aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan oleh kami;
(f) untuk memproses bayaran yang berkaitan dengan mana-mana perkhidmatan dan/atau produk;
(g) untuk memaklum balas kepada pertanyaan atau aduan anda dan untuk menyelesaikan pertikaian;
(h) untuk mengekalkan rekod pelanggan kami dan pelanggan bakal dan penyimpanan rekod dalaman kami;
(i) untuk menjalankan penyelidikan;
(j) untuk tujuan pentadbiran dalaman, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyediaan dan perlaksanaan apa-apa penilaian, statistik, analisis atau laporan dalaman berhubung dengan pelanggan kami, pelanggan berpotensi, produk dan perkhidmatan kami;
(k) untuk tujuan penyediaan dan penyerahan apa-apa tuntutan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak atas apa jua tujuan yang berkaitan dengan perniagaan kami;
(l) untuk mematuhi sebarang undang-undang atau peruntukan regulatori dan/atau membuat pendedahan-pendedahan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling dan/atau kod yang terpakai kepada kami dan/atau bagi pencegahan jenayah;
(m) untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan / atau produk yang mungkin disediakan untuk anda;
(n) untuk mengimbas mesej secara automatik untuk memeriksa spam, penipuan, serangan phishing, virus komputer atau malicious pengaturcaraan komputer, dan aktiviti malicious yang lain atau kandungan haram atau dilarang; dan
(o) untuk apa-apa tujuan yang berkenaan atau secara sampingan atau lanjutan dari peniagaan atau matlamat Kumpulan.

Dengan menggunakan mana-mana ciri Laman dan perkhidmatan dan/atau produk yang dibekalkan oleh kami, anda bersetuju kepada pengumpulan, penggunaan dan pendedahan (mengikut mana yang berkenaan) Data Peribadi anda oleh kami seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

4.2. Kami perlu mengumpul dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan di atas untuk memberikan anda perkhidmatan dan / atau produk. Sekiranya anda gagal untuk memberikan Data Peribadi kepada kami atau Data Peribadi adalah tidak memuaskan bagi kami atau anda memilih untuk mengeluarkan Data Peribadi anda, perkhidmatan dan / atau produk atau ciri Laman tertentu mungkin tidak tersedia untuk anda atau kami tidak dapat membekalkan pelbagai jenis manfaat perkhidmatan dan/atau produk yang dibekalkan oleh kami dan/atau melaksanakan obligasi kami di bawah mana-mana bakal kontrak atau yang sedia ada dengan anda. Dalam keadaan sedemikian, kami tidak akan bertanggungjawab atas gangguan, ketiadaan pembekalan, atau kehilangan perkhidmatan dan/atau produk dan/atau bagi apa-apa kerugian dan/atau ganti rugi yang berbangkit.

5. Pendedahan Data Peribadi

5.1. Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami akan dirahsiakan. Walaubagaimanapun, anda bersetuju bahawa kami boleh mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut sebagaimana yang perlu atau sesuai termasuk dan tidak terhad kepada yang berikut: –

(a) mana-mana pihak di mana kami dikehendaki untuk berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai maklum balas kepada mana-mana pihak berkuasa, agensi kerajaan, dan/atau pengawal selia industri;
(b) pihak kewangan, juruaudit, penasihat undang-undang, penasihat kewangan, akauntan kami dan penasihat profesional yang lain;
(c) pembekal perkhidmatan dan produk pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada teknologi maklumat;
(d) pengiklan, pengendali rangkaian, syarikat pengurusan hartanah, kontraktor atau sub-kontraktor kami; dan/atau
(e) rakan usahasama dan/atau rakan kongsi niaga kami atau mana-mana syarikat yang berkaitan atau berhubungan dengan kami.

5.2. Apabila anda menjadi pemenang dalam suatu peraduan atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kami, kami mungkin menyiarkan nama anda, gambar-gambar dan Data Peribadi lain tanpa pampasan bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.

5.3. Kami akan berusaha untuk memastikan langkah-langkah sewajarnya diambil supaya pihak ketiga tersebut tidak menggunakan Data Peribadi selain daripada tujuan yang dinyatakan di sini dan untuk memastikan kerahsiaan Data Peribadi yang mencukupi.

6. Pautan

6.1. Laman ini mungkin mempunyai pautan kepada laman web lain. Di mana kami menyediakan pautan, ia tidak bermakna kami mengesahkan atau meluluskan dasar laman tersebut terhadap privasi pelawat. Anda harus menyemak dasar privasi mereka sebelum menghantar sebarang data peribadi kepada mereka.

7. Pemindahan Data Peribadi

7.1. Anda dengan ini membenarkan Data Peribadi yang telah anda bekalkan kepada kami atau pembekal-pembekal perkhidmatan atau produk pihak ketiga kami, boleh dipindah di dalam atau di luar Malaysia, di mana kami berpendapat perlu bagi tujuan pembekalan perkhidmatan dan/atau produk kepada anda. Kami akan berusaha untuk memastikan Data Peribadi tidak digunakan selain untuk tujuan yang dinyatakan di sini dan untuk memastikan kerahsiaan Data Peribadi yang secukupnya.

8. Akses kepada Data Peribadi

8.1. Anda mempunyai hak untuk:-

(a) meminta akses kepada Data Peribadi anda;
(b) meminta untuk membetulkan Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemas kini;
(c) meminta menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda untuk tujuan pemasaran;
(d) menarik balik kebenaran anda bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan di sini atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda; dan/atau
(e) membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda,

tertakluk kepada sekatan undang-undang dan/atau syarat-syarat kontrak yang berkenaan.

Bagi tujuan di atas, sila hubungi kami di alamat berikut:-

Emel: [email protected]

8.2. Kami berhak untuk mengenakan bayaran untuk memproses mana-mana permohonan akses Data Peribadi.

9. Data Peribadi yang Diberikan oleh Anda

9.1. Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang-orang/syarikat-syarikat berkenaan dengan Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami untuk tujuan yang dinyatakan di sini.

10. Pemindaan Dasar Privasi

10.1. Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi sebarang notis terdahulu dan anda akan dianggap telah menerima perubahan tersebut jika anda terus mengakses atau menggunakan Laman atau perkhidmatan dan / atau produk selepas perubahan tersebut.

Print Friendly, PDF & Email

This will close in 105 seconds

error: