Langgan newsletter kami!
Gambar Muslim Sedang Berdoa

Doa Dipermudahkan Urusan

Dalam hidup ini, pernahkah suatu ketika anda merasa susah ataupun berat untuk menghadapi sesuatu perkara? Jika pernah, mohonlah bantuan dengan Allah, kerana kepada Dia sahajalah tempat kita bergantung harap. Maka bacalah doa dipermudahkan urusan agar ditunjukkan jalan keluar dari kesusahan.

Bagi pelajar, antara situasi yang kerap dihadapi ialah seperti ketika hendak menjawab peperiksaan, membuat pembentangan dan permasalahan yang berkaitan dengan pelajaran. Sementara bagi yang telah bekerja pula ingin memohon doa agar dipermudahkan urusan menghadiri temuduga, melaksana sesuatu projek dan ketika berdepan dengan masalah kewangan serta hutang.

Perkara-perkara seperti ini inilah yang akan menyebabkan seseorang itu merasa lemah untuk menghadapinya. Akan tetapi ketahuilah bahawa Allah jualah yang memberi kekuatan dan kemudahan pada hambaNya. Maka, mintalah doa kepadanya dengan sepenuh harapan.

Doa Dipermudahkan Urusan

Doa ini adalah doa yang sahih daripada Rasulullah SAW yang mengandungi permohonan berbagai kemudahan dalam segala urusan. Semoga ianya bermanfaat dan semoga ianya juga menjadi doa tenangkan hati.

[infobox style=”alert-success”]اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Dalam Rumi: Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahlaa, wa anta taj’alul hazna idza syi’ta sahlaa.

Maksudnya: Ya Allah! Tiada kesenangan kecuali yang Dikau permudahkan; Dan Dikaulah menjadikan kesedihan (kesukaran), jika Dikau mengkehendakinya pasti akan menjadi mudah.”[/infobox]

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya (3/255). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi ‘Umar, Ibnus Sunni dalam ‘Amal Yaum wal Lailah’. (Jaami’ul Ahadits, 6/257, Asy Syamilah). Sanad hadis ini sahih sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth dalam tahqiqnya terhadap Sahih Ibnu Hibban.

Doa dipermudah urusan

Penjelasan daripada faedah doa di atas adalah:

Setiap sesuatu kesenangan dan kemudahan itu pastinya hanya datang dari Allah SWT. Sekalipun sesuatu yang sukar, boleh menjadi mudah jika Allah SWT mengkehendakinya.

Oleh itu, jangan pernah kita berputus asa dengan rahmat Allah SWT.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: