Langgan newsletter kami!
Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser

Kemudahan Rumah Peranginan Persekutuan Untuk Penjawat Awam

Percutian merupakan sesuatu perkara yang sangat baik untuk melepaskan diri dari kesibukan rutin harian kerja. Di samping dapat merehatkan minda dan fizikal, percutian ke destinasi yang belum pernah dikunjungi tentulah lebih menarik disebabkan pengalaman yang kita dapat di tempat baru. Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak-anak bersekolah pula, cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk membawa anak-anak bercuti dan melancong. Ia sekaligus dapat merapatkan hubungan kekeluargaan (family bonding time) dengan melakukan aktiviti menarik secara bersama. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Bagi penjawat awam, terdapat satu kemudahan yang dipanggil Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Penginapan Persekutuan (RP) yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka yang ingin bercuti tetapi dalam masa yang sama dapat menjimatkan kos dengan kadar sewa yang sangat berpatutan. Ia diselaras oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri.

 

Kelayakan Memohon Rumah Peranginan Persekutuan

Kelayakan untuk memohon menginap di mana-mana Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) adalah:

  • Perkhidmatan Awam Persekutuan
  • Perkhidmatan Awam Negeri
  • Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia

 

Kategori Rumah Peranginan Persekutuan

Terdapat 2 kategori untuk Rumah Peranginan Persekutuan iaitu kategori Premier dan Eksekutif. Rumah kategori Premier hanya boleh diduduki oleh penjawat awam Gred 48 dan ke atas sahaja. Sementara rumah kategori Eksekutif dibuka untuk semua penjawat awam tanpa mengira gred.

 

Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan

  • Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Premier) adalah di dalam negeri dan luar negara.
  • Senarai lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Premier) dalam negeri:
    – Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser (The Lodge)
    – Rumah Peranginan Persekutuan Tanjung Tuan
    – Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands
  • Senarai lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Premier) luar negara:
    – Rumah Peranginan Persekutuan Singapura
    – Rumah Peranginan Persekutuan Labuan
    – Rumah Peranginan Persekutuan London
Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan Premier Gred 48 Ke Atas
Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan Premier Gred 48 Ke Atas
  • Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif) adalah di dalam negeri sahaja.
  • Senarai lokasi Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif):
    – Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser (RPP BF)
    – Rumah Peranginan Persekutuan Morib (RPP M)
    – Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands (RPP CH)
    – Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson (RPP PD)
    – Rumah Peranginan Persekutuan Pulau Langkawi (RPP PL)
    – Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir (RPP TK)
    – Rumah Peranginan Persekutuan RPP Pulau Pinang (RPP PP)
Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Untuk Semua Gred
Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Untuk Semua Gred

 

Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan

Kadar sewa adalah mengikut jenis rumah. Ada dari jenis banglo, rumah teres, apartment, apartment studio, bilik suite dan sebagainya mengikut lokasi. Sila klik gambar di bawah untuk lihat rate sewa rumah RPP dengan lebih terperinci.

Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan Premier Gred 48 Ke Atas
Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan Premier Gred 48 Ke Atas
Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Untuk Semua Gred
Kadar Sewa Rumah Peranginan Persekutuan Eksekutif Untuk Semua Gred

 

Cara Membuat Tempahan Rumah Peranginan Persekutuan Secara Online

BPH telah membuat penambahbaikan ke atas laman web mereka dan kini anda boleh booking Rumah Peranginan Persekutuan secara online. Caranya adalah:

  1. Layari laman web rasmi BPH di alamat: http://www.bph.gov.my
  2. Klik untuk pendaftaran pengguna baru dan isikan semua maklumat yang diperlu.
  3. Anda akan menerima e-mail pemakluman selepas selesai mendaftar. Semakan maklumat perjawatan akan dibuat dalam tempoh waktu bekerja.
  4. Seterusnya login semula ke dalam sistem menggunakan Username (No IC) dan katalaluan yang anda pilih.
  5. Pergi ke menu RP Premier / Eksekutif untuk terus menempah Rumah Peranginan Persekutuan yang anda inginkan.

Mudah saja kan? Semoga panduan ini bermanfaat buat anda. Selamat bercuti!

Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson
Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson
Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

4 comments

  1. satu perkongsian yang baik. tq admin

  2. booking r
    umah peranginan london dengan malaysia nye lain cara eh?

  3. Mohamad Najmuddin

    Mcm mne nk booking rumah ini

  4. Salam..tumpang bertanya..kena print tak surat kelulusan tu? Atau bole tunjuk dlm hp saje

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: