Langgan newsletter kami!
Gambar Breakfast Ring Sedap

Resepi Breakfast Ring Yang Sedap Dan Mudah

Ramai yang tidak begitu berselera pada waktu pagi untuk mengambil sarapan berat. Mungkin kerana masih mengantuk, tetapi sarapan tetap perlu diambil dalam tempoh 1 hingga 2 jam anda bangun daripada tidur. Mari cuba resepi breakfast ring yang lengkap ini. Buat pada malam sebelumnya supaya anda tidak perlu bangun awal dan tergesa-gesa untuk menyediakan sarapan.

Bahan-bahan Memasak Breakfast Ring

Untuk membuat breakfast ring ini, bahan-bahannya tidak terbatas untuk anda pilih. Masukkan sahaja apa-apa yang anda sukai tetapi bahan asasnya adalah crescent rolls (doh ready-made sejuk beku). Resepi ini menggunakan sosej, telur, keju, tomato dan lada benggala.

Cara Memasak Breakfast Ring

  1. Pertama sekali, panaskan ketuhar pada 375°F darjah Fahrenheit atau 190°C darjah Celsius.
  2. Gorengkan sosej dan tapis minyak yang berlebihan. Ketepikan sosej.
  3. Pecahkan pula telur di dalam kuali untuk membuat scrambled egg. Ketepikan.
  4. Lapikkan dulang membakar dengan kertas minyak. Ambil crescent rolls dan tindihkan mereka menjadi bentuk bintang. Pastikan tindihan tersebut benar-benar rapat.
    Gambar Crescent Rolls Segera
    Gambar Crescent Rolls Segera
  5. Kemudian, mula lapiskan bahan-bahan inti di atas doh mengikut citarasa anda.
  6. Setelah selesai, lipatkan bucu doh ke arah tengah. Jangan khuatir jika doh anda tidak membalut inti sepenuhnya kerana memang begitu.
    Resepi Breakfast Ring
    Breakfast ring sedia untuk dimasak
  7. Untuk mencantikkan warna doh, pukul telur di dalam mangkuk dan beruskan ke atas permukaan doh. Ia akan lebih membangkitkan selera anda.
  8. Bakar pada suhu 375°F darjah Fahrenheit atau 190°C darjah Celsius selama 20 minit sehingga berwarna keemasan.
  9. Breakfast ring anda sudah siap! Potong mengikut bahagian untuk menghidang.

Selamat mencuba.

Sumber resepi: itsafabulouslife.com

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: