Langgan newsletter kami!
Resepi Burger Terlajak Sedap

Resepi Burger Bakar Yang Terlajak Sedap

Sebut sahaja burger tentu sekali terbayang roti yang diapit dengan kepingan ayam atau daging. Tambah pula ada kepingan keju yang meleleh di tengah-tengahnya. Fuhh memang sedap dan terangkat! Jadi kali ini saya ingin berkongsi resepi burger bakar yang semestinya sangat sedap.

Ianya sedikit special kerana ia disediakan sendiri oleh anda. Homemade! Bukan burger McD tau. Resepi ini seakan-akan sama dengan resepi kedai walaupun versi kedai sebenarnya adalah ‘secret recipe‘ tersendiri dari kedai tersebut dan tidak didedahkan kepada umum.

Bahan bahan

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat burger bakar dan cara memasak burger bakar sehingga siap.

  • Bungkusan daging cincang / ayam kisar (lebih kurang 500 gram)
    (satu pek bungkusan 500 gram boleh digunakan untuk membuat 4 atau 5 burger)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk atau diblender kering)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk atau diblender kering)
  • 1 biji telur
  • Serbuk lada hitam kasar
  • Serbuk roti / breadcrumbs (boleh diganti dengan serbuk oat)
  • Sedikit campuran spice (seperti serbuk oregano)
  • Garam sedikit
  • Gula secukup rasa

Cara Membuat Patty Burger Bakar Homemade

  1. Ambil bekas dan masukkan daging cincang / ayam kisar.
  2. Masukkan telur yang telah dikacau terlebih dulu.
  3. Tabur serbuk lada hitam kasar mengikut kepedasan yang diingini.
  4. Masukkan serbuk roti/oat, mixed spice/oregano, garam & gula secukup rasa.
  5. Gaul hingga sebati.
  6. Ambil segenggam adunan dan kepalkan dalam saiz yang sama.
  7. Bentukkan setiap kepalan patty (daging burger) mengikut bentuk bulat. Ia akan sedikit mengecut apabila dimasak nanti.
  8. Setelah siap, masuk dalam peti ais lebih kurang sejam supaya ia sedikit keras dan daging tidak hancur berderai apabila dimasak nanti.
  9. jangan lupa lapikkan setiap satu kepingan daging dengan kertas minyak untuk mengelakkan ia melekat sesama sendiri.
  10. Patty burger sedia untuk dibakar!

Memasak Daging Burger Resepi Burger Bakar Homemade

Cara Memasak Burger Bakar

  1. Keluarkan patty daging burger dari peti ais.
  2. Bakar burger di dalam kuali nonstick sehingga masak di kedua-dua bahagian.
  3. Belah dua roti burger, sapukan sedikit marjerin dan bakar sekejap di atas kuali nonstick.

Setelah siap dibakar, terpulanglah kepada anda untuk tambah sayuran kegemaran di tengah-tengah burger tadi. Anda boleh masukkan cheddar cheese, tomato, timun, salad, sos cili, mayonis dan lain-lain.

Sos Burger Blackpepper Homemade

Jika anda sukakan rasa backpepper, boleh cuba resepi sos lada hitam ini.

  • Hiris nipis bawang merah dan cendawan.
  • Tumis dalam lebihan minyak yang digunakan untuk membakar daging burger tadi.
  • Apabila sedikit layu, masukkan sos blackpepper dan kacau sebati.
  • Masuk sedikit garam dan stok ayam ataupun kiub ayam bersama sedikit air.
  • Siap!

Anda boleh mencuba sendiri resepi daging burger bakar ini di rumah dan kongsikan dengan kami hasilnya. Selamat mencuba!

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: