Langgan newsletter kami!
Lasagna Chese Leleh

Resepi Lasagna Yang Ternyata Sedap

Resepi Lasagna | Lasagna adalah makanan yang terdiri dari lapisan yang berintikan isi daging, ayam, makanan laut atau sayur. Ia merupakan hidangan western yang dipanggil pasta seperti makaroni dan spageti. Lasagna juga merupakan makanan tradisi orang Itali yang sangat terkenal di seluruh dunia. Kulit lasagna dibuat daripada adunan tepung yang kemudian diberikan isian, ditambah ‘cheese’ lalu dipanggang di dalam oven sehingga masak.

Di Malaysia, anda boleh mendapatkan lasagna atau juga dipanggil ‘lagsane’ dengan mudah sekali. Ia boleh dibeli dari restoren yang menghidangkan makanan barat seperti Secret Recipe, Pizza Hut dan Domino Pizza malahan lasagna juga kini dijual di pasar malam!

Terdapat juga lasagna frozen yang dijual di kedai serbaneka atau pasar tani. Tetapi tentu sekali kualiti dan bahan yang digunakan adalah berbeza. Bagi pencinta lasagna, tentu sekali anda inginkan lasagna yang paling sedap dan fresh, walaupun terpaksa membayar dengan harga yang mahal.

Jadi dikongsikan resepi lasagna yang boleh anda masak di rumah. Jika mengikut citarasa dan selera orang Malaysia, makanan yang sedikit pedas tentunya menjadi keutamaan dengan sedikit tambahan serbuk lada hitam.

Resepi Lasagna Cheese

Bahan-bahan Utama
  • Kepingan lasagna sheet yang direndam selama beberapa jam dan ditos.
  • 2 keping keju cheedar setiap bekas.
  • Parutan keju mozarella secukupnya.
Bahan-bahan Inti dan Sos Bolognese Untuk Lasagna
  • 150 gram sos spageti jenama Prego/Kimball
  • 200 gram tomato puri
  • 150 gram daging kisar (untuk lasagna daging) atau ayam cincang (untuk lasagna ayam)
  • 1/2 biji bawang Holland dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1/2 sudu makan serbuk oregano
  • 1 sudu makan butter / mentega
  • Garam / gula / serbuk perasa secukupnya
Cara Memasak Sos Bolognese Untuk Lasagna
  1. Panaskan butter sehingga cair.
  2. Masukkan bawang putih cincang dan masak sehingga naik bau dan kekuningan.
  3. Tambah bawang besar cincang.
  4. Tumis sehingga layu agar kuah sos terasa manisnya dari bawang. Kebiasaan dalam masakan western, bawang adalah antara salah satu bahan yang wajib.
  5. Masukkan daging kisar (atau ayam) dan kacau sehingga masak serta kering air.
  6. Akhir sekali, tambahkan sos spagetti, tomato puri dan taburkan sedikit serbuk oregano.
  7. Masak lagi sehingga naik wap dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing.
Bahan-bahan Sos Putih Untuk Lasagna
  • 2 sudu makan butter / mentega
  • 1 1/2 cawan susu segar full cream
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 295 gram (1 tin) sos carbonara jenama Prego
  • 1 keping keju cheddar (optional)
  • 1 sudu makan parmesan (optional)
  • Serbuk perasa (optional)
Cara Memasak Sos Putih Untuk Lasagna
  1. Kacau sebati gandum dengan sedikit susu segar supaya tidak berketul.
  2. Panaskan butter sehingga cair.
  3. Masukkan tepung gandum dan baki susu full cream.
  4. Kacau lagi hingga sebati dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan sos carbonara, kepingan keju cheddar dan parmesan.
  6. Rasa adunan tersebut dan jika perlu, tambah serbuk perasa.
Cara Memasak Lasagna (Satukan Semua Bahan)
  1. Ambil bekas aluminium / loyang.
  2. Masukkan masukkan 1 sudu sos bolognese, 1 sudu sos putih dan akhirnya 1 kepingan lasagna.
  3. Tabur parutan keju mozarella (jika ada).
  4. Ulang langkah 2 dan 3 sehingga bekas aluminium penuh. Anggaran dalam 5 hingga 6 lapis kepingan lasagna.
  5. Akhir sekali tuangkan sedikit sos bolognese dan sos putih sehingga menutupi ruang dalam bekas aluminium.
  6. Pada bahagian paling atas, lebihkan sos bolognese dan sos putih sebelum meletakkan kepingan keju cheedar, parutan keju mozzarella dan parmesan. Tabur juga daun oregano kering untuk lasagna yang lebih beraroma.
  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 190-200’C selama 45 minit. Gunakan pemanas api kedua-dua bahagian atas dan bawah pada oven.
  8. Siap dan hidang segera! Lasagna sedap dimakan ketika masih panas.

Lasagna Yang Dimasak Dalam Bekas AluminiumLasagna Siap Untuk Dimakan

Tips Jadikan Lasagna Lebih Sedap

  • Rendam lasagna sheet yang anda beli selama 5 hingga 7 jam terlebih dahulu. Cara yang paling mudah ialah rendam sebelum anda tidur dan gunakannya untuk memasak pada esok pagi. Tujuan direndam dengan lama adalah supaya lasagna anda menjadi lebih lembut apabila dimasak nanti.
  • Sewaktu merendam, asingkan lasagna sheet kerana ia mudah melekat di antara satu sama lain. Pastikan ada sedikit jarak di antara sheet tersebut.
  • Tambah keju parmesan ke dalam sos putih. Boleh juga tambahkan keju cheddar di atasnya apabila telah siap melapis lasagna.
  • Tambahkan parutan keju mozzarella di antara setiap lapisan agar lebih berkrim.

Selamat mencuba!

Rujukan: DariDapur

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: