Langgan newsletter kami!
Gambar Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014

5 Artis Malaysia Berasal Dari Sabah

Selain Semenanjung Malaysia, arena seni hiburan negara turut dimeriahkan dengan bakat-bakat hebat dan berkualiti dari negeri borneo seperti Sabah dan Sarawak. Sama ada bergelar pelakon, penyanyi, pengacara atau model, kehadiran mereka pastinya melonjakkan lagi industri seni tanah air.

Untuk kali ini, penulis ingin berkongsi dengan pembaca tentang 5 selebriti Malaysia yang berasal dari Sabah. Siapakah mereka? Check these out!

  1. Azharina

Selepas dinobatkan juara Gegar Vaganza 3 (GV3), pemilik nama Azharina Azhar atau mesra disapa Nina semakin dikenali ramai.

Sebelum menyertai program GV3, anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu pernah memenangi pertandingan nyanyian Bintang RTM pada 2001 di mana beliau menewaskan peserta hebat seperti Misha Omar, Siti Sarah dan Asmidar.

Antara lagu-lagu popularnya ialah Elergi Sepi, Rawan, Cinta Ini, Mimpi Bahagia (duet bersama Hazami). Anak sulung daripada empat adik-beradik ini juga pernah menyanyikan lagu runut bunyi (OST) untuk filem Laila Isabella berjudul Seandainya dan Rindu Padanya bagi filem Berlari Ke Langit.

Penyanyi bersuara lantang ini juga pernah berkahwin dengan seorang usahawan dari Kelantan iaitu Datuk Shukri Mohamed pada 2006 dan bercerai pada 2008. Mengisi kekosongan di hati, figura ini turut mengambil seorang anak angkat yang bernama Rahmat Azharin Mohd faizal yang kini berusia tiga tahun.

Gambar Azharina Bersama Anaknya

Azharina GV3

  1. Stacy

Lahir dari program realiti nyanyian, Akademi Fantasia (AF) musim keenam, jenama Stacy atau nama Islamnya Ummu Syaikhah Stacy Anam semakin gah di persada seni hiburan tanah air.

Selain Aku Stacy dan Pakai Buang, Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 popular dengan lagu Not For Sale, Kisah Dongeng, Pelangi Senja, Gagap, Jahat, Hello, Romeo dan Kasanova.

Stacy yang menukar agama daripada Kristian kepada Islam pada 25 Ogos 2015 itu pernah mencuba nasib di program One In A Million dan Gang Starz sebelum AF.

Isteri kepada penyanyi terkenal, Akim ini kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Anak jati Kota Kinabalu, Sabah berkenaan turut mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Bella Valentina yang kini berusia enam tahun.

Penyanyi Stacy Angie

Stacy Bersama Akim Dan Anak Angkatnya Bella

  1. Wawa Zainal

Aktres bertubuh genit ini memulakan karier sebagai anak seni sekitar tahun 2011 di bawah label pengurusan MIG Talents. Di bawah MIG, figura kelahiran Lahad Datu, Sabah berkenaan banyak membintangi filem berbanding layar kaca.

Antara filem lakonan pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin ini seperti Budak Pailang, Sumpahan KumKum, Seram Sejuk, Tiga Temujanji, Hantu Dalam Botol Kicap, Aji Noh Motor, Longkai dan Kisah Paling Gengster.

Sebelum bergelar pelakon, isteri kepada pelakon kacak tanah air, Aeril Zafrel tersebut pernah menceburi bidang peragaan sejak berusia 12 tahun. Memperlahan karier seninya, pelakon drama Duda Terlajak Laris ini kini sibuk berniaga bersama suami tercinta menerusi koleksi pakaian lelaki dan wanita serta produk kanta lekap berjenama Wawa Softlens.

Enam tahun melayari bantera rumah tangga, Wawa dan pasangan turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Atta dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa.

Foto Intim Wawa Zainal Dan Suami

Wawa Zainal Bersama Suami Dan Anak Anak

  1. Sabhi Saddi

Siapa yang tidak mengenali penyanyi kacak dan berbadan sasa, Sabhi Saddi. Lagu-lagu popularnya seperti Nadiku, Kisah Kita dan Cinta Sesungguhnya berjaya menawan selera peminat muzik tempatan.

Anak jati Sandakan, Sabah ini juga berbakat besar dalam bidang lakonan.  Setakat ini, Sabhi banyak berlakon di layar kaca menerusi drama seperti Antara Laut China Selatan, Aku Ada Wali, Walau Air Mata Darah, Lalong, Puteri Gunung Ledang, Bodyguard, Abang Sado Boleh Beres dan banyak lagi.

Hasil perkahwinannya dengan Rosi Aswani Abdul Razak, pasangan merpati dua sejoli ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Untuk rekod, Sabhi pernah menganggotai kumpulan Esdeco dan One Nation Emcess. Di samping itu, pernah menyertai pertandingan menari, Rexona No Sweat Challeges serta boleh menari tarian hip hop, ballroom dan pelbagai jenis tarian moden.

Sabhi Saddi Lelaki Sado

Penyanyi Sabhi Saddi

  1. Zero (Maharaja Lawak)

Kumpulan trio lawak, Zero yang dianggotai tiga adik-beradik iaitu Mohd. Syaiful Doli Sharif (Syaiful), Mohd. Kadir Doli Sharif, (Kadir) dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu) merupakan anak jati Kudat, Sabah.

Untuk pengetahuan pembaca, bakat juara Maharaja Lawak Mega 2014 berkenaan dicungkit menerusi program Raja Lawak musim keenam.

Kumpulan berkenaan pernah muncul di layar perak menerusi filem bergenre komedi iaitu Lu Mafia Gua Gangster yang ditayang sekitar April 2016. Sebelum dikenali sebagai pelawak, mereka bertiga berkerja sebagai nelayan dan buruh kasar.

Berasal dari suku kaum Bajau Simunul, trio ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak kecil hasil didikan arwah bapa mereka.

Kumpulan Zero Maharaja Lawak

Gambar Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: