6 Kuih-Muih Wajib Beli Di Bazar Ramadhan

Kuih Bazar Ramadhan

Buat anda yang tidak sempat memasak dan menyediakan makanan, bazar Ramadhan menjadi lokasi wajib singgah untuk mencari juadah berbuka puasa dan bersahur. Beraneka menu makanan yang terdapat di bazar Ramadhan kadang-kala membuatkan anda rambang mata untuk membelinya.

Selain lauk-pauk dan air minuman, pelbagai kuih-muih dan manisan tradisional serta moden turut dijual di sini.

Berikut, penulis ingin berkongsi dengan anda mengenai kuih-muih yang wajib dibeli oleh orang ramai jika ke bazar Ramadhan

1. Onde-onde

Kuih Buah Melaka atau Onde-onde merupakan salah satu kuih tradisional orang Melayu yang turut digemari oleh kaum-kaum lain di Malaysia. Kuih ini bukan hanya popular di bulan Ramadhan malahan sangat sesuai dijadikan sebagai juadah minum petang setiap hari.

Jika dahulu, kuih buah Melaka dilihat berwarna hijau sahaja tetapi kini dijadikan pelbagai warna sebagai tarikan tambahan kepada pembeli terutamanya kanak-kanak. Namun jika anda berminat untuk memasak sendiri di rumah, bolehlah rujuk resepi kuih buah melaka di sini.

2. Akok

Seunik namanya, kuih tradisional ini sangat popular di Kelantan dan Terengganu serta wajib cari di bazar-bazar apabila bulan Ramadhan tiba.

Bentuk kuih ini lembut dan berkedut-kedut serta rasanya sangat sedap dan berlemak. Ini merupakan salah satu kuih kesukaan penulis di bulan puasa. Sekali rasa, pasti nak lagi.

3. Tepung Pelita

Bagi penulis, Tepung Pelita merupakan kuih-muih tradisional kesukaan orang ramai.

Kuih ini menjadi pilihan para peniaga untuk dijual di bazar-bazar Ramadhan kerana mendapat permintaan yang tinggi dari para pelanggan di bulan istimewa ini.

Untuk rasa yang lebih sedap, penulis sarankan anda letakkan tepung pelita di dalam peti sejuk sebelum menjamahnya. Pasti lebih menyelerakan!

4. Murtabak

Tidak dinafikan, murtabak adalah makanan yang laku keras di bazar -bazar Ramadhan sehingga memerlukan anda beratur panjang untuk mendapatkannya.

Selain di bulan puasa, makanan ini juga di jual pada bulan-bulan biasa di pasar-pasar malam. Kebiasaannya, murtabak dijadikan sebagai pembuka selera sebelum menjamah makanan berat ketika berbuka puasa.

5. Seri Muka

Seri Muka atau turut dikenali dengan nama Pulut Sekaya memang sedap dijadikan juadah berbuka puasa.

Kombinasi warna hijau pandan dan pulut putih dari beras pulut menjadi tarikan utama si pembeli di bazar Ramadhan.

6. Popia Basah

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara antaranya mentah (dipanggil popia basah), popia goreng dan popia bersira.

Jika anda penggemar popia, pastinya popia basah antara yang berada di carta pertama jika berkunjung ke bazar Ramadhan di kawasan anda.


Carian Berkaitan

kuih bazar ramadhan, 6kuih bulan puasa, kuih di bazar ramadhan, kuih muih bazar ramadhan

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #kuih bazar ramadhan #kuih sedap #Kuih-Muih Popular Di Bulan Ramadan

Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Mudah & Sedap
Resepi Rahsia Sandwich Sardin Yang Sedap. Menarik bukan tajuknya? Sebut saja sandwich tentu
Cara Memasak Telur Dadar Yang Mudah & Sedap
Masakan Telur Dadar memang digemari hampir semua orang. Bukan sahaja kosnya murah malahan rasanya
Resepi Tteokbokki Korea Yang Popular
Sekiranya anda adalah penggemar drama Korea ataupun peminat KPOP ataupun peminat Running Man
Resepi Daging Goreng Berempah
Daging goreng sememangnya antara menu makanan yang sedap jika dimakan begitu saja dengan