Apakah Maksud Dropship


Apakah Dropship?

Seringkali kita terdengar di Facebook, Twitter dan laman sosial tentang dropship. Atau agen dropship. Apa itu? Dropship ialah satu konsep perniagaan yang mudah, ringkas dan amat sesuai dengan perniagaan internet atau bisnes online kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes online, mereka pasti mahu bisnes dengan modal yang minima atau tanpa modal! Sungguh menarik kan? Konsep dropship ni juga boleh dipanggil sebagai Teknik Jana Wang Tanpa Modal.

Kaedah Dropship

Jadi, untuk berniaga secara dropship, anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Seterusnya, iklan dan promosikan produk tersebut di laman sosial, laman-laman pengiklanan, forum, blog dan sebagainya. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu menghubungi pembekal/dropshipper produk tersebut dan pembekal itu sendiri yang akan melakukan pembungkusan dan penghantaran untuk anda. Dalam bahasa yang mudah, anda menjadi orang tengah. Sementara segi harga pula, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar pembekal tersebut dengan harga agen.

dropshipping

Agen Dropship


Siapa yang banyak berniaga secara dropship? Sebenarnya dropship ini amat sesuai untuk golongan yang sibuk tetapi ingin mencari duit sampingan dengan buat bisnes online. Antaranya ialah pelajar, pekerja kerajaan, guru dan blogger. Dengan adanya sistem dropship ini, kerja mereka akan menjadi lebih mudah. Mereka hanya perlu buat promosi dan mengambil pesanan daripada supplier untuk dihantar terus kepada pelanggan tanpa menyimpan stok!

Setakat ini sahaja artikel untuk kali ini, saya harap anda lebih memahami serba sedikit tentang perniagaan cara secara dropship ini. Jika anda berminat untuk menceburkan diri dalam program dropship, cuba lihat senarai dropship yang telah saya sediakan.


Carian Berkaitan

maksud dropship, apa itu dropship, apa maksud dropship, maksud agen dropship

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #apa itu dropship #apakah dropship #berniaga secara dropship #konsep dropship #maksud dropship

Penipuan Bitcoin di Malaysia Anda Harus Tahu Sebelum Melabur
Penipuan Bitcoin di Malaysia semakin menjadi-jadi. Terbaru Bank Negara telah menyita Koperasi Dinar
Apa Itu Bitcoin? Sedikit Panduan Untuk Anda
Apa Itu Bitcoin? Bitcoin adalah cryptocurrency. Dalam bahasa yang lebih mudah difahami orang,
Biodata Datuk Yusuf Taiyoob, Raja Kurma Malaysia
Biodata Datuk Yusuf Taiyoob | Berbicara tentang bulan Ramadan, kurma merupakan antara makanan
Senarai Bantuan Badan Kerajaan Untuk Ibu Tunggal & Bapa Tunggal
Dalam hidup ini, kadang kala anda melalui kepahitan yang membuatkan anda rasa buntu.
  1. author

    Ellemari Store1 year ago

    Terima Kasih Tuan Blog. Artikel ni banyak membantu…

    “DROPSHIP BAJU, SELUAR, KASUT & BEG LELAKI”

    *8 Tools Disediakan
    *Potensi RM1K-RM3K Sebulan Menggunakan Wechat Sahaja!

    Daftar disini : http://www.ellemaristore.com/p/dropship.html

    Reply

Leave a reply "Apakah Maksud Dropship"