Langgan newsletter kami!

Biodata Abdul Rani Kulup Kipidap Didedahkan!

Terkini, Rani Kulup merupakan antara individu yang amat popular di Malaysia dengan tag line “kipidap” dan sering muncul di kaca tv setelah membuat banyak laporan polis tentang isu semasa. Antara isu semasa yang telah dibuat laporan polis ialah kes halal coklat Cadbury, isu program sentuh anjing, hal yang menyentuh agama Islam dan kedaulatan raja-raja Melayu dan banyak lagi.

Walaupun Abdul Rani Kulup selalu dijadikan bahan lawak (troll) di laman sosial, tetapi ini tidak sama sekali menjatuhkan semangatnya dan kredibiliti beliau untuk meneruskan imej tersebut. Sungguhpun begitu, Abdul Rani Kulup mempunyai sikap yang ramah dan tidak sombong. Ini amat disenangi oleh peminat beliau yang tidak pernah putus ingin bertemu dan bergambar bersama beliau untuk dijadikan kenangan. Populariti beliau bertambah apabila beliau juga turut mendapat liputan akhbar-akhbar tempat dan juga media elektronik.

Ramai yang tertanya-tanya siapakah sebenarnya Rani Kulup ini? Lihat di bawah:

rani kulup

rani kulup kipidap

Biodata Abdul Rani Kulup Kipidap aka Raja Report Malaysia (King Of Report Malaysia)

Nama: Abdul Rani Kulup Bin Abdullah
Umur: 60 Tahun
Tarikh Lahir: 10 March 1955
Asal: Kajang, Selangor
Jawatan: Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM)
Bilangan Isteri: 2 orang
Bilangan Anak: 9 Orang
Pekerjaan: Pesara Tentera Malaysia
Gelaran Rasmi: Ayahanda
Trademark: #kipidap, #jilake dan #dongibab
Rekod: 13 laporan polis sehari, target 1000 laporan polis menjelang 2018
Pakaian: Imej pelik dengan Jam wajib pakai pada kedua belah tangan, baju tentera dengan rebet merah, wajib pakai spek mata hitam, cincin batu permata besar dan tongkat azimat serta seluar singkat
Kumpulan Muzik: Sometimes Band era tahun 1960-an
Album Lagu: Tutup Pintu Tapi Tak Kunci
Facebook Fanpage: https://www.facebook.com/pages/Abdul-Rani-Kulup-Fans/1468432083444354

 

rani kulup dan tun mahathir

Nasihat Tun M kepada Ayah Arka

Sementara itu, Abdul Rani mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurutnya, Dr Mahathir sentiasa menyokong gerakan badan bukan kerajaan  (NGO) serta menghormati setiap peranan dan pandangan NGO di negara ini.

“Beliau adalah orang lama, percakapannya mahal, sebutir ayat yang dikeluarkan tidak ternilai. Katanya, NGO boleh buat apa sahaja untuk kebaikan rakyat dan negara,” katanya lagi.

Tambah Abdul Rani, beliau turut menyifatkan kata-kata Dr Mahathir sebagai pembakar semangat dan perangsang untuk meneruskan perjuangan NGO di bawah pimpinannya.

ayah rani kulup
ayah rani kulup
rani kulup dengan menteri jamil khir
rani kulup dengan menteri jamil khir
rani kulup dengan pm najib
rani kulup dengan pm najib
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

One comment

  1. Rani Kulup sangat popular dalam media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: