Langgan newsletter kami!
Altimet Header Img

Biodata Altimet, Rapper Terkenal Malaysia

Siapa tak kenal dengan Altimet. Suatu nama besar dalam seni rap dan hip-hop tanahair. Beliau yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan Teh Tarik Crew namun selepas kumpulan itu berpecah, beliau memulakan kerjaya secara solo. Ketika inilah nama beliau melonjak naik dengan lagu hits kolaborasi Altimet bersama penyanyi lain seperti Kalau Aku Kaya, nyanyian bersama Awi Rafael dan Not For Sale, nyanyian bersama Stacy.

Altimet kini bernaung di bawah label Kartel Records milik Joe Flizzow.

Biodata Altimet

  • Nama Penuh: Ahmad bin Abdul Rahman
  • Nama Artis: Altimet
  • Tarikh Lahir: 27 November 1978
  • Umur: 39 Tahun (2017)
  • Ibubapa: Abdul Rahman Ali, (65 Tahun) dan Jamalah Syed Agil (63 Tahun)
  • Asal: Petaling Jaya, Selangor
  • Pendidikan:
    – Sekolah Kebangsaan Subang Jaya
    – Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam
    – Sekolah Menengah Kebangsaan (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya
    – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Muar, Johor
    – Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
  • Bangsa: Melayu
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Malaysia
  • Kerjaya: Penyanyi dan Pelakon
  • Genre Muzik: Hip-hop dan rap
  • Lagu/Single: Kalau Aku Kaya (nyanyian Awi Rafael), Syukur, Cantek, Not For Sale (nyanyian Stacy), Negaraku, Amboi dan banyak lagi
  • Album: First Among Equals (2007), Kotarayaku (2014)
  • Duta: iM4U

Altimet bukan sahaja dikenali sebagai seorang rapper malah beliau juga adalah seorang penulis lagu, penerbit, komposer, pengacara televisyen dan juga Pengarah Eksekutif Kartel Records!

Perkara Menarik Tentang Altimet

  1. Meminati lagu hip hop sejak berusia 11 tahun lagi.
  2. Lagu berjudul Bring The Noise dendangan asal Antrax dan Public Enemy yang menggabungkan irama rock dan rap menjadi pencetus minat beliau dalam genre muzik rap dan hip hop.
  3. Meminati penyanyi rap MC Hammer, Cypress Hill dan kumpulan hip hop Wu Tang Clan suatu ketika duhulu.
  4. Menyertai kumpulan Teh Tarik Crew dengan Mizz Nina, Taufiq dan DJ Fuzz dari tahun 2000 hingga 2004 sebelum muncul dengan Adeep The Fabulous Cats pada tahun 2008.

Gambar Altimet

Altimet Dan Awie Rafael Kalau Aku Kaya

Gaya Rapper Lelaki Altimet

Gaya Santai Altimet

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: