Langgan newsletter kami!
Gambar Ben Amir Handsome

Biodata Ben Amir, Semakin Laris Di Arena Lakonan

Biodata Ben Amir | Penangan drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot sedikit sebanyak melonjakkan nama Ben Amir di persada seni hiburan tanah air. Diibaratkan sebagai pisang goreng panas, pemilik nama Muhammad Amir Sabaruddin ini berjaya mencuri perhatian peminat serta menjadi rebutan pengarah dan penerbit tempatan untuk menjayakan sesuatu projek seni seperti drama, telefilem mahupun filem.

Buah tangan terbarunya iaitu Semusim Rindu, sebuah drama adaptasi novel karya tulisan Aleya Aneesa akan ditayangkan di Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135 tidak lama lagi.

Biodata Ben Amir

  • Nama Penuh: Muhammad Amir Sabaruddin
  • Nama Komersil: Ben Amir
  • Tarikh Lahir: 13 Mei 1990
  • Umur: 27 Tahun (2017)
  • Asal: Setiawangsa, Kuala Lumpur
  • Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
  • Status: Bujang
  • Kerjaya: Pelakon, Model dan Usahawan
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telefilem : Suri Hati Mr Pilot, Menantu Ting Tong, Cinta Si Wedding Planner, Fira Ayuni, Merah Bukan Jambu, Asam Pedas Untuk Dia, Playboy Itu Suamiku, Dunia Generasi Baru, Cinta Qasidah Amin, Bulan Ku Di Hentian, Hajah Bakhiliah, Abang Long Vs Kak Long, Sweet Dreams dan banyak lagi.
  • Filem: Romeo Kota
  • Twitter: https://twitter.com/benamirr
  • Instagram: https://instagram.com/benamirr

Trivia Menarik Ben Amir

  1. Nama Ben diambil sempena nama kucing pelihara kesayangannya yang mati.
  2. Merupakan finalis top 23 Hero Remaja 2011/2012 yang seangkatan dengan Fattah Amin dan Saharul Ridzwan.
  3. Merupakan graduan Diploma Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka.
  4. Ben Amir pernah belajar di belajar dalam bidang pengurusan hotel di universiti swasta selama beberapa semester sebelum melanjutkan pengajian di UiTM.
  5. Dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan kerabat diraja Perak bernama Raja Shazreen Petra.
  6. Sangat meminati lakonan pelakon hebat tempatan, Bront Palarae.
  7. Peminat setia pasukan bola sepak antarabangsa iaitu Chelsea FC.
  8. Jika diberikan peluang, Ben Amir suka membawa watak yang memerlukan dirinya memakai pakaian beruniform seperti polis dan bomba.
  9. Pelakon drama bersiri Papa Ricky, Fadlan Hazim merupakan kawan karibnya.
  10. Menjalankan bisnes iaitu produk kesihatan berjenama Go-S dan pakaian di bawah label Chivalry’s Club.
  11. Mempunyai hampir 200,000 pengikut di Instagram miliknya.

Ben Amir Dan Eyka Farhana Dalam Air Mata Di Bumi Matador

Ben Amir Dan Puteri Aishah

Ben Amir Dengan Gaya Baju Melayu Dan Songkok

Gambar Ben Amir Handsome

Gambar Ben Amir Kacak

Lelaki Melayu Kacak Ben Amir

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: