Biodata DJ Lin, Penyampai Radio Suria.FM

Gambar DJ Lin

DJ Lin atau nama lengkapnya Roslinda Abdul Majid bukanlah satu jenama asing dalam dunia penyiaran radio Malaysia. Berdarah kacukan Melayu dan Cina, wanita hebat ini sudah lebih 10 tahun bergelar seorang penyampai radio.

Di Suria FM, anak jati Johor Bahru, ini mengendalikan segmen Suria Cinta yang bersiaran setiap Ahad hingga Jumaat bermula 8 malam hingga 1 pagi di mana ia membicarakan variasi perihal tentang perhubungan dan percintaan. Terdahulu, beliau juga pernah menjadi deejay di radio Best 104.

Jom kita berkenalan dengan DJ Lin ini.

Biodata DJ Lin

  • Nama Penuh: Roslinda Abdul Majid
  • Nama Komersil: DJ Lin/ Lin
  • Tarikh lahir: 31 Disember 1975
  • Umur: 42 Tahun (2017)
  • Zodiak: Capricorn
  • Asal: Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor
  • Keluarga: Anak ketujuh dari 10 adik-beradik
  • Status: Ibu tunggal kepada dua cahaya mata
  • Kerjaya: Penyampai Radio dan Pengacara
  • Facebook: facebook.com/djlinsuriacinta/
  • Twitter: twitter.com/djlinsuriacinta
  • Instagram: instagram.com/djlinsuriacinta

Trivia Menarik DJ Lin

  • Seorang yang sentimental tapi tegas, jiwang, sangat fokus terhadap komitmen yang dilakukan dan pendengar yang setia.
  • DJ Lin suka menghabiskan masa terluangnya dengan aktiviti seperti memasak, berkaraoke dan bercuti bersama keluarga.
  • 13 tahun bergelar penyampai radio.
  • Selain penyampai radio, DJ Lin turut bergelar penulis lirik dan penyanyi.
  • Pernah menghasilkan single pertama pada 2013 berjudul Ranting Kenangan.
  • Memulakan tugas sebagai penyampai radio di Suria.FM pada 1 Jun 2006.
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (kewartawanan) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Merupakan olahragawati sewaktu di zaman persekolahan.
  • Pernah berhasrat untuk menjadi Pegawai Polis Wanita satu masa dahulu.
  • Dinobatkan sebagai DJ Radio Wanita terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010 dan Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular berita Harian (ABPBH) 29.
  • Diiktiraf sebagai penerima Anugerah Kesatria Puteri Penyampai Radio di Anugerah Ikon Wanita Muda 2012 yang disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
  • Pernah mengalami kemalangan kecil sewaktu dalam perjalanan untuk menghadiri satu sesi fotografi di mana keretanya mengalami kerosakan teruk apabila bertembung dengan sebatang pokok empat tahun lalu.

DJ Lin Bersama Kedua Anaknya

DJ Lin Bersama Zarul Umbrella

DJ Lin Bertudung

DJ Lin Di Konti Radio Suria FM

DJ Lin Suria FM

Foto DJ Lin Dan Zarina Zainuddin


Carian Berkaitan

dj lin suria fm, dj lin, dj lin suria cinta, biodata dj lin

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata DJ Lin #DJ Lin biodata #DJ Lin Suria Cinta #Profil DJ Lin

Koleksi Lengkap Siri Animasi BoBoiBoy Terbaru [Musim 1, 2 & 3]
BoBoiBoy adalah siri animasi popular Malaysia dan menggunakan bahasa Melayu. Ia diterbitkan oleh Animonsta Studios
Biodata Ghea Youbi, Penyanyi Dangdut Muda Indonesia
Kebelakangan ini banyak lagu-lagu berirama dangdut mencuri perhatian peminat seni muzik. Kemunculan lagu
Biodata Elizabeth Tan, Selebriti Popular Berbangsa Cina
Elizabeth Tan, suatu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan Malaysia. Gadis
Biodata Wafiy Ilhan, Artis Remaja Kelahiran Ceria Popstar
Wafiy Ilhan adalah seorang selebriti remaja yang menceburi industri seni selepas menyertai program

Leave a reply "Biodata DJ Lin, Penyampai Radio Suria.FM"