Biodata Fawa Nabila, Aktres Cantik Drama Papa Ricky

Cantiknya Farah Nabilah Bertudung

Biodata Fawa Nabilah | Cantik, putih dan berbakat. Itulah tiga patah perkataan yang boleh penulis gambarkan mengenai bakat baru bernama Fawa Nabila ini.

Namanya mula mencuri perhatian para peminat tempatan apabila menerajui watak utama drama bersiri popular iaitu Papa Ricky yang telah ditayang di Astro Prima 105 tidak lama dahulu.

Mula mengetuk pintu industri seni tanah air pada tahun 2011, anak kelahiran Selangor ini terpaksa mengundurkan diri seketika kerana menyambung pelajarannya di menara gading selama empat tahun. Namun begitu, tahun 2016 membuka lembaran baru buat figura cun ini untuk kembali aktif sebagai anak wayang.

Biodata Fawa Nabila

  • Nama Penuh: Farah Nabilah Saipuddin
  • Nama Komersil: Fawa Nabila / Farah Nabilah
  • Tarikh Lahir: 10 Mac 1992
  • Umur: 25 Tahun (2017)
  • Asal: Selangor
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telefilem: Titian Cinta, Inikah Cinta, Papa Ricky, Pucuk Muda Kerabu Taugeh, Mati Tunggu Sekejap dan banyak lagi.
  • Facebook: facebook.com/pg/farahnabilahofficial
  • Twitter: twitter.com/farahnabilah
  • Instagram: instagram.com/fawaaaa

Trivia Menarik Fawa Nabila

  1. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti SEGi.
  2. Fawaarriors merupakan nama kelab peminat.
  3. Menjuarai program Pencarian Wajah Aurawhite (PWA) 2015 dan menjadi jurucakap untuk produk kecantikan tersebut.
  4. Sebelum dikenali dengan Fawa, si cantik molek ini menggunakan nama asalnya iaitu Farah Nabilah sebagai nama pentas.
  5. Gelaran Fawa ini diperolehi daripada seorang rakannya yang pelat dan tidak boleh menyebut namanya dengan betul.
  6. Demi belajar dan memperbaiki mutu lakonannya, Fawa suka menonton sekurang-kurangnya satu filem tanpa mengira genre setiap malam.
  7. Memulakan langkah seni sebagai model komersil.
  8. Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Comelnya Farah Nabilah Berimej Muslimah Sejati

Farah Nabilah Dan Dato' Rahim Razali

Farah Nabilah Dengan Fesyeni Jubah Muslimah

Farah Nabilah Gadis Cantik

Fesyen Muslimah Farah Nabilah

Selfie Fawa Nabila


Carian Berkaitan

farah nabilah biodata, biodata farah nabila, biodata farah nabila pelakon inikah cinta, biodata farah nabilah

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Farah Nabilah #Biodata Fawa Nabila #Farah Nabilah Biodata #Fawa Nabila #Fawa Nabila Papa Ricky #Fawa Nabilah Biodata

Kekayaan Melampau Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida (DSV) – nama yang sangat sinonim dengan gelaran usahawan wanita
Cik B, Anak Dato Seri Vida
Banyak gambar-gambar dan video Cik B yang dikongsi oleh Dato Seri Vida dalam
Koleksi Gambar Menarik Ismail Izzani
Memang hebat penangan penyanyi muda bernama Ismail Izzani. Populariti lagu ‘Sabar’ telah mengangkat
Biodata Tisha Shamsir, Artis Yang Berasal Dari Pasir Puteh, Kelantan
Tisha Shamsir merupakan artis dan pelakon wanita Malaysia yang menonjol menerusi drama bersiri