Langgan newsletter kami!
Nina Iskandar Pelakon Brunei

Biodata Nina Iskandar, Pelakon Brunei Yang Mencipta Nama Di Malaysia

Nina Iskandar atau nama penuhnya Nur Akmalina binti Iskandar adalah seorang pelakon wanita kelahiran negara Brunei Darussalam. Beliau mula mencipta nama sebagai pelakon di Malaysia menerusi filem ‘Mukasurat Cinta’ arahan Pierre Andre dan terkini muncul dalam pula dalam telefilem berjudul Jasmine yang ditayangkan dalam slot Skrin di TV9.

Untuk makluman, Nina Iskandar terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon di negara kelahirannya Brunei menerusi drama Erna Suraya yang membabitkan kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB), sebelum berhijrah ke Malaysia. Sementara kemunculan pertamanya dalam filem adalah menerusi ‘Ada Apa Dengan Rina?’ arahan Harlif Haji Mohamad dan Farid Azlan Ghani yang mengetengahkan loghat Melayu Brunei sebagai bahasa pengantar.

Biodata Nina Iskandar

  • Nama Penuh: Nur Akmalina binti Iskandar
  • Nama Komersial: Nina Iskandar
  • Tarikh Lahir: 4 Ogos 1991
  • Umur: 26 Tahun (2017)
  • Asal: Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
  • Tempat Tinggal Sekarang: Kuala Lumpur, Malaysia
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Berdarah Kacukan Melayu-Pakistan-Cina
  • Keluarga: Anak kedua dari empat adik-beradik
  • Pendidikan: Bekas pelajar bidang Pengurusan Perniagaan di Kolej International Graduate Study (IGS), Bandar Seri Begawan, Brunei
  • Pekerjaan: Pelakon dan Model
  • Tahun Aktif: 2011–kini
  • Syarikat Pengurusan: MIG Talent
  • Filem: Perempuan Muka Surat Tujuh, Sniper, ‘Lu, Gua Bro’, Muka Surat Cinta, Pengantin Malam, Ada Apa Dengan Rina?, Hospital
  • Drama: Balkish, Rintihanku, Jika Itu Takdirku, Raya Ni Mesti Kahwin, Dendam Semalam, Papa Ricky (2017)
    Andainya Takdir (2017)
  • Instagram: @ninaiskandar
  • Twitter: @OfficialNinaIsk
  • Facebook: @officialninaiskandar
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nina_Iskandar

Fakta Menarik Tentang Nina Iskandar

  • Berhijrah ke Malaysia untuk mencipta nama sebagai seorang pelakon.
  • Pernah memakai tudung sebelum ini, namun membuat keputusan untuk menanggalkannya.
  • Mengambil keputusan untuk berhenti belajar di di Kolej International Graduate Study (IGS), Brunei kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya sebagai pelakon.

Cantiknya Nina Iskandar Bertudung

Gambar Nina Iskandar Berhijab

Nina Iskandar Dan Sultan Hassanal Bolkiah

Nina Iskandar Pakai Baju Sekolah

Nina Iskandar Pelakon Brunei

Nina Iskandar Pelakon Drama Malaysia

Selfie Nina Iskandar Bersama Sultan Brunei

Sultan Hassanal Bolkiah Dan Mama Tersayang

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

2 comments

  1. Kacukan cina kepala hotak kau kalau pakistan tu logik la orang melayu ni kalau tengok orang melayu lain cantik sikit cakap ada kacukan cina menyampah pilak aku tengok

  2. Dah lah ketinggian pun tak bagi tahu biodata apa ke benda ni ketinggian pun takde setakat nak acah acah kacukan cina tu sangat baik tak payah nak tunjuk lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: