Biodata Tania Hudson, Aktres Cun Kacukan Melayu-Australia

Gambar Tania Hudson

Biodata Tania Hudson | Cantik dan berbakat. Itulah dua perkataan yang muncul di fikiran penulis terhadap aktres cun melecun, Tania Hudson. Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang cantik malahan bakat lakonannya juga mantap dan tidak boleh dipandang enteng.

Namun apa silapnya, nama figura kelahiran Ipoh, Perak ini masih lagi samar-samar walaupun telah aktif berlakon sejak 2009 berbanding pendatang-pendatang baharu yang setahun jagung dalam lapangan seni hari ini.

Terkini, beliau muncul dalam drama bersiri yang disiarkan di TV3 iaitu Cucu Tauke Beras bergandingan bersama Azrel Ismail dan Zahirah MacWilson. Semoga tahun 2017 menjadi tahun terbaik buat Tania untuk kembali menyinar di persada seni tanah air.

Jom kita berkenalan dengan pelakon berdarah kacukan Melayu-Australia ini.

Biodata Tania Hudson

  • Nama Penuh: Tania Nadira Mohd. Redzuwan Hudson
  • Nama Komersil: Tania Hudson
  • Tarikh Lahir: 7 Oktober 1985
  • Umur: 32 Tahun (2017)
  • Zodiak: Libra
  • Asal: Ipoh, Perak
  • Keluarga: Anak bongsu dari dua adik-beradik. Kakaknya adalah aktres Natasha Hudson.
  • Kerjaya: Pelakon dan Model
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu (Berdarah Kacukan Melayu-Australia)
  • Warganegara: Malaysia
  • Drama/Telefilem: Cucu Tauke Beras, Encik Suami Mat Salih Celup, Tiramisu, Antara Denai, Lagu Kita, Nadira, Mayang Mengurai, Tika Cinta Berbisik dan Surat Dari Langit Biru
  • Filem: Abang Long Fadil 2, Paradoks, KL Special Force dan Balistik
  • Facebook: facebook.com/tania.hudson.5872
  • Instagram: instagram.com/taniahudsonofficial

Trivia Menarik Tania Hudson

  1. Merupakan adik kepada pelakon terkenal, Natasha Hudson.
  2. Mengidap penyakit Arteriovenous Malformation (AVM) iaitu sejenis pengumpulan saluran darah secara tidak normal di dalam otak sejak kecil lagi. Bagaimanapun selepas menjalani pembedahan sejak beberapa tahun lalu, dia kini semakin sihat dan tidak lagi bergantung kepada ubat-ubatan.
  3. Selain ke gimnasium, Tania Hudson juga sukakan aktiviti lasak seperti memanjat bukit dan meredah sungai bersama kawan-kawannya.
  4. Memilih pelakon cantik antarabangsa, Angelina Jolie sebagai idolanya kerana figura itu mempunyai personaliti yang unik, seorang yang kuat dan mempunyai hati yang tulus.
  5. Selalu minum air kosong lapan gelas sehari dan mengambil vitamin setiap hari merupakan petua kecantikan Tania Hudson.
  6. Pernah digosip menjadi punca keretakan hubungan cinta Fattah Amin dan Neelofa (#lofattah), Tania tampil menyangkal dakwaan menjadi orang ketiga.
  7. Pernah juga diserang peminat #lofattah di media sosial.
  8. Aktif dalam iklan komersil sejak berusia 18 tahun. Antara iklan yang menampilkan wajahnya seperti F&N, Hotlink dan Seawhite Skincare.
  9. Pernah diikuti oleh peminat fanatik yang mengekorinya ke mana-mana sahaja.
  10. Mempunyai lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gadis Melayu Kacukan, Tania Hudson

Natasha Hudson Dan Adiknya Tania Hudson Bertudung

Pose Menggoda Tania Hudson

Tania Hudson Pic

Wajah Cantik Tania Hudson

Tania Hudson Bersama Izreen Azminda


Carian Berkaitan

adik beradik tania hudson, artis australia cun, biodata perempuan kacukan, biodata tania hudson 2017

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Tania Hudson #Tania Hudson #Tania Hudson Biodata #Tania Nadira Hudson

Biodata Ungku Hariz, Pelakon dan Suami Jihan Muse
Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun artis bernama Ku Hariz atau nama
Biodata Jaslin Puasa, Aktor Kacak Kelahiran Felda Sungai Mas
Biodata Jaslin Puasa | Lahir dari program Hero Remaja 2007/2008, nama Jaslin Puasa
Biodata Elly Arifin, Dari DJ Radio & Pengacara Ke Pentas Lakonan
Biodata Elly Arifin | Mengikuti langkah rakan sekerjanya iaitu Adriana Adnan, Eleena Sui
Biodata Ben Amir, Semakin Laris Di Arena Lakonan
Biodata Ben Amir | Penangan drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot sedikit

Leave a reply "Biodata Tania Hudson, Aktres Cun Kacukan Melayu-Australia"