Cara Masak Maggi Supaya Lebih Sedap

Maggi Telur Yang Sedap

Cara Masak Maggi. Maggi adalah makanan segera yang paling digemari ramai terutamanya maggi perencah kari. Masyarakat Malaysia memanggil mee segera itu sebagai maggi kerana kemasyhuran produk itu sendiri. Lantaran jenama maggi itu sendiri menjadi lebih besar daripada mee segera. Dengan rasa yang enak dan mengenyangkan, tentu sekali ia menjadi stok makanan kecemasan bagi sesetengah orang terutamanya yang bujang bagi menggantikan makanan asas untuk dibuat pengalas perut.

Tentu sekali anda boleh memasak maggi dengan hanya menambah  air panas sahaja. Namun tahukah anda, ada cara yang lebih baik untuk memasak maggi agar ianya menjadi lebih sedap dan berkhasiat. Jom ikuti resepi cara masak maggi ini.

Bahan Memasak Maggi

  • 2 bungkus maggi kegemaran (disyorkan Maggi Kari atau Maggi Tom Yam)
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 2 biji telur
  • 5 biji cili api – jika mahu lebih pedas
  • Minyak masak
  • Air
  • Sedikit garam
  • 5 ekor udang
  • Sawi
  • Daun sup
  • Kicap (Optional)

Cara Memasak Maggi

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
  2. Masukkan sedikit air dan kacau perlahan-lahan.
  3. Tambah perencah maggi kari atau tom yam.
  4. Kacau hingga mendidih
  5. Masukkan telur dan masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
  6. Masukkan udang, sawi dan masak sekejap lagi.
  7. Masukkan kicap jika perlu.
  8. Masukkan mee segera maggi dan biarkan sehingga lembut.
  9. Matikan api.
  10. Tabur hirisan daun sup, cili merah dan cili hijau sebelum dihidangkan.

Maggi Kari Letup

Maggi Kari


Carian Berkaitan

resepi maggi kari, cara masak maggi kari, resepi maggi kari pedas, cara masak maggi

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara masak maggi kari #cara masak megi #resepi maggi kari pedas #resepi maggi kari sup #resepi maggi kari telur #resepi maggi kuah pedas

Apa Itu Ovalette?
Apa Itu Ovalette? Nama panggilan lain bagi Ovalette (atau ada juga yang mengeja
Resepi Apam Strawberry
Bahan Untuk Resepi Apam Strawberry 2 biji telur 1 cawan gula 1 sudu
Resepi Sekaya atau Seri Kaya
Seri Kaya atau Sekaya adalah makanan yang manis dan sedap. Ia sangat sesuai
Resepi Bubur Jagung Paling Mudah
Untuk ruangan masakan, kali ini kita akan lihat  resepi pemanis mulut iaitu Resepi Bubur