Cara Memasak Nasi Minyak

Nasi Minyak Original TRG

Nasi minyak biasanya dimakan ketika acara istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan ataupun majlis formal seperti majlis perpisahan di tempat kerja. Nasi minyak juga dihidangkan untuk para tetamu bagi meraikan sesuatu seperti jamuan hari raya, jamuan masuk rumah baru dan banyak lagi.

Nasi minyak sebenarnya bukanlah hidangan yang kita makan setiap hari kerana ia disediakan menggunakan beras basmathi yang tentunya lebih mahal daripada beras biasa. Tetapi jika nasi minyak versi Terengganu, penduduk di sana makan nasi minyak setiap hari. Untuk sarapan lagi!

Secara umumnya, nasi minyak merupakan nasi yang menggunakan beras basmathi dan ditanak dengan rempah ratus, minyak sapi dan mentega. Ia sangat sesuai dimakan dengan pelbagai jenis lauk seperti ayam masak merah, ayam masak kurma, daging hitam kicap, kambing masak kurma dan rendang. Ada juga yang suka lengkapkan hidangan nasi minyak dengan sambal lada. Fuhh memang terangkat!

Bahan-bahan Resepi Nasi Minyak

  • Beras (3 pot)
  • Air (3 pot)
  • Susu Segar / Susu Cair Ideal (3 pot)
  • Mentega / Minyak sapi (Ghee) (2 sudu besar)
  • Minyak masak (2 sudu besar)
  • Bawang merah (3 biji) – dikisar / dihiris halus
  • Bawang putih (3 ulas) – dikisar /dihiris halus
  • Halia (1 cm) – dikisar /dihiris halus
  • Rempah 4 beradik (2 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 kuntum bunga cengkih dan 4 biji buah pelaga)
  • Daun pandan (1 helai)
  • Secubit garam
  • Secubit gula
  • Sedikit ajinomoto untuk perasa (terpulang pada selera masing-masing)
  • Gajus panggang dan kismis

Cara Masak Nasi Minyak (Confirm Sedap!)

  1. Panaskan kuali dan cairkan 2 atau 3 sudu besar mentega atau minyak sapi.
  2. Tumis bahan rempah 4 beradik (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga) sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang dan halia. Tumis hingga garing.
  4. Masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih seketika.
  5. Sementara itu, di dalam rice cooker, masukkan 3 pot beras dan basuh beras sehingga air menjadi sedikit jernih (bersih).
  6. Potong daun pandan menjadi pendek dan masukkan ke dalam periuk nasi.
  7. Kemudian masukkan kesemua bahan tumis yang sudah mendidih tadi ke dalam periuk nasi.
  8. Masak nasi seperti biasa sehingga masak.
  9. Biarkan seketika dan taburkan pewarna.
  10. Biarkan lagi dan kemudian kacau sedikit. Masukkan gajus dan kismis agar lebih menarik.
  11. Kacau nasi dari tepi periuk agar nasi tidak patah.
  12. Siap!

Tips Memasak Nasi Minyak

  • Jika memasak dalam skala besar, lebihkan nisbah air dari susu. Contohnya untuk 6 pot nasi, letakkan 5 pot susu dan 7 pot air. Secara asasnya, sukatan gabungan air dan susu segar sama sahaja seperti sukatan air untuk masak nasi putih biasa, tanpa mengira jenis beras yang digunakan.
  • Nasi minyak paling sesuai dimakan bersama ayam masak merah dan salad fresh. Untuk resepinya akan saya update dalam entri yang akan datang!

Carian Berkaitan
resipi nasi minyak sapi

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Yang Sangat Mudah dan Sedap
Jika anda selalu berkunjung ke restoren dan warung masakan panas dan tomyam, menu
Resepi Daging Goreng Kunyit (Mudah, Cepat dan Sedap)
Cara memasak daging goreng kunyit adalah sangat mudah dan cepat. Malahan lauk ini
Resepi Char Kuey Teow (CKT), Simple dan Sedap
Susulan artikel Resepi Char Kuey Teow sebelum ini, kami ingin berkongsi satu lagi
Resepi Ayam Masak Sambal Hijau (Sedap!)
Masakan berasaskan sambal hijau ini dikhabarkan berasal dari negeri Johor yang sememangnya terkenal

Leave a reply "Cara Memasak Nasi Minyak"