Cara Memasak Sardin Yang Cepat dan Sedap

Masak Lauk Sardin

Makan nasi dengan lauk ikan sardin biasanya dikaitkan dengan resepi orang bujang. Betul ke? Tak juga sebenarnya sebab sardin tak lah semurah telur tambahan lagi guna jenama sardin seperti Ayam Brand. Tetapi sesekali makan sardin sedap juga kan. Jom kita lihat resepi ringkas penyediaan lauk sardin dalam tin.

Bahan-bahan Memasak Sardin

  • 1 tin sardin
    (Disyorkan jenama sardin yang sedap ialah Ayam brand dan King Cup)
  • 1 biji bawang besar – dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih – dimayang atau diketuk
  • 1 biji lada hidup – dimayang
  • Garam, gula dan kicap secukup rasa
  • Tomato dan ubi kentang (optional)

Cara-cara Memasak Lauk Sardin

  1. Masukan sedikit minyak ke dalam kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan lada hidup. Bila sedikit garing dan naik bau, masukkan ikan sardin dalam tin.
  3. Masukkan air dengan anggaran 1/2 isipadu tin sardin tadi. Bagi yang suka kuah pekat, kurangkan lagi jumlah air.
  4. Masukkan secubit garam, satu sudu kecil gula dan sedikit kicap manis.
  5. Boleh tambah tomato dan ubi kentang jika suka.
  6. Bila sudah mendidih, kecilkan api dan biarkan ia mereneh dalam 2 minit.
  7. Lauk sardin ringkas sedia untuk dihidang.

Resepi Memasak Ikan Sardin King Cup Dan Ayam Brand Sardin Lauk Ikan Sardin Masak Lauk Sardin


Carian Berkaitan
cara masak sardin, resepi sardin, masak sardin, resepi masak sardin

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara masak sardin mudah #resepi sardin sedap dan ringkas

FoodPanda Kurangkan Caj Penghantaran Makanan Bagi Tahun 2019
FoodPanda merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan terus
20 Resepi Masakan Daging [Part 2]
Sudahkah anda mencuba 10 resepi daging yang telah saya share di post sebelum
20 Resepi Masakan Daging [Part 1]
Berikut adalah himpunan resepi masakan daging yang sedap-sedap. Resepi ini dikumpulkan dari sumber-sumber
Resepi Sardin Kentang, Citarasa Versatile
Ikan sardin masak apa sedap? Ikan sardin dalam tin sememangnya sedap dimakan tidak

Leave a reply "Cara Memasak Sardin Yang Cepat dan Sedap"