Cara Memasak Telur Dadar Yang Mudah & Sedap

Telur Dadar

Masakan Telur Dadar memang digemari hampir semua orang. Bukan sahaja kosnya murah malahan rasanya juga sedap dan boleh buat kita tambah nasi lagi. Haha.. Telur dadar juga sangat versatile dan boleh dijadikan lauk kepada apa jua makanan. Contohnya nasi putih + telur dadar atau nasi goreng + telur dadar, malahan juga sedap dimakan ratah begitu saja.

Kali ini perkongsian resepi adalah tentang bagaimana cara untuk membuat telur dadah dengan mudah tetapi sedap. Cara penyediaannya juga pantas dan kebiasaannya kurang dari 10 minit. Jom kita cuba resepinya.

Bahan Resepi Telur Dadar

  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar margarine (juga boleh gantikan dengan sedikit minyak masak untuk menggoreng)
  • Sedikit bawang besar atau bawang merah dihiris nipis
  • Secubit garam (mengikut citarasa anda)
  • 2 sudu besar mayonis (tambahan untuk lebih sedap)

Cara Memasak Telur Dadar

  1. Campurkan semua bahan di atas.
  2. Kocok semua bahan hingga sekata.
  3. Panaskan margarine dalam kuali.
  4. Masukkan campuran semua bahan tadi ke dalam kuali dan goreng hingga warna bertukar kuning keemasan.
  5. Telur dadar siap untuk dihidangkan.

Simple bukan? Sebenarnya asas resepi ini adalah telur dan garam saja. Selamat mencuba!

Tips Memasak Telur Dadar

  • Kalau telur dadar di kedai makan tomyam ala Thai tu, biasanya telur dadarnya adalah kosong dan plain sahaja. Tak perlu masukkan bawang besar, cili, mayonis atau daun bawang.
  • Tambahan Mayonis ke dalam bancuhan telur akan membuatkan telur dadar menjadi lebih gebu, lembut dan bertambah enak.
  • Untuk telur dadar yang lebih sedap, pukul telur dengan lebih lama sehingga kembang.
  • Boleh tambah serbuk lada putih atau lada hitam semasa membuat bancuhan telur untuk rasa yang lebih kuat.
  • Boleh juga tambahkan sedikit serbuk penaik ke dalam bancuhan telur kerana ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu, lembut dan bertambah enak.
  • Untuk mendapatkan telur dadar yang garing, pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng. Bila minyak telah cukup panas, telur akan terapung dan tak akan melekat pada dasar kuali.

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara membuat telur dadar #resep telur dadar #resepi telur dadar #resepi telur dadar garing #resepi telur dadar sedap

Apa Itu Ovalette?
Apa Itu Ovalette? Nama panggilan lain bagi Ovalette (atau ada juga yang mengeja
Resepi Apam Strawberry
Bahan Untuk Resepi Apam Strawberry 2 biji telur 1 cawan gula 1 sudu
Resepi Sekaya atau Seri Kaya
Seri Kaya atau Sekaya adalah makanan yang manis dan sedap. Ia sangat sesuai
Resepi Bubur Jagung Paling Mudah
Untuk ruangan masakan, kali ini kita akan lihat  resepi pemanis mulut iaitu Resepi Bubur