Doa Majlis Pertunangan


Bertunang adalah adat masyarakat Melayu di Malaysia. Konsep pertunangan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu hanya merupakan adat yang melengkapkan sesebuah institusi masyarakat.

Bertunang mengikut syarak bermaksud persetujuan dari kedua belah pihak. Mengikut Islam, apabila seseorang lelaki menyatakan hasrat untuk memperisteri gadis pilihan hatinya, maka secara tidak langsung mereka telah mengikat tali pertunangan di antara mereka.

Bertunang merupakan permulaan perjalanan menuju perkahwinan yang sebenar. Jadi dengan bertunang akan membantu pasangan ini untuk saling mengenali di antara satu sama lain dalam tempoh tertentu sebelum ke alam perkahwinan.

Jadi, untuk meraikan pertunangan ini eloklah kiranya dibacakan Doa Pertunangan agar ikatan yang dibinakan berakhir hingga ke jinjang pelamin.

Doa Untuk Majlis Pertunangan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

(Bismillahir Rahmaanir Rahiim)


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

(Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin
Wasolaatu wassalaamu ‘alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin
Wa ‘alaaalihi wasohbihi ajma’in)

 

Ya Allah, Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkalaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkaulah segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

 

Ya Allah, sumber segala barakah, curahkanlah berkat-Mu atas lambang cinta ini dan bimbinglah kedua saudara kami dalam masa pertunangannya. Semoga mereka mencari kehendak-Mu dengan hati yang ikhlas dan mendapat kebaikan-Mu yang melimpah.

 

Ya Allah Ya Tuhan Kami, sumber segala cinta kasih, kerana ehsan-Mu, dua pasangan muda ini dapat saling bertemu. Kini mereka memohon rahmat-Mu untuk memasuki fasa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan. Kami mohon, kuatkanlah mereka dengan berkat-Mu yang melimpah. Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka kian hari kian saling menghargai dan saling mengasihi dengan kasih sejati.

 

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kasih setia-Mu berlimpah bagi kami. Engkau menganugerahkan Hawa kepada Adam sebagai penghibur dan teman berkongsi suka duka kehidupan, sesuai ciri peribadinya dan setia sepanjang hidup. Perkenanlah dan berkatilah cincin ini, lambang niat suci, hati yang jujur, dan kasih yang murni, agar saudara-saudari kami yang memakainya selama tempoh pertunangan, saling belajar mengenal, dijauhkan dari hawa nafsu tak teratur, menjalin persaudaraan yang suci murni, sehingga terlaksanalah keperibadian yang saling mengisi, saling melengkapi antara satu sama lain; semoga tercapailah cita-cita mereka membina sebuah keluarga yang bahagia.

 

Kami memuji Engkau, Ya Allah, sebab dengan pengharapan yang lembut Engkau menggerakkan hati dan menyiapkan putera-Mu [nama lelaki] dan puteri-Mu [nama perempuan] untuk saling mencintai. Kami mohon, kuatkanlah hati mereka, agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan bertumpu pada iman, dan dalam segala hal berusaha berkenan kepada-Mu, sehingga akhirnya sampai ke gerbang perkahwinan.


رَبَّنَا  أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً
وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر
سُبحَانَ رَبِّكَ  رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ
وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ

(Rabbana aatinaa fid dunya hasanah
Wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘azaaba Nnaar
Subha narabbika rabbi izzati amma yaasifunn
Wasalaa munn alal mursaliin
Walhamdulillahi robbil ‘alamiin)


Carian Berkaitan
Doa hati pertunangan, doa selepas majlis pertunangan

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Maksud Kata Percakapan Ringkas Dalam Bahasa Arab
Bismillah, berikut ini adalah istilah-istilah singkat yang biasa digunakan oleh para penuntut ilmu
Maksud Perkataan Akhi, Ukhti, Ikhwan dan Akhwat
Pernahkah anda terdengar atau terbaca perkataan seperti Ikhwan, Akhwat, Ukhti, Akhi dalam percakapan
Panduan Lengkap Solat Tahajjud
Apa Itu Solat Tahajjud Solat sunat tahajud atau sembahyang tahajud dikenali sebagai solat
2 Doa Yang Paling Kerap Dibaca Oleh Nabi Muhammad SAW
Doa adalah satu ibadah menzahirkan keberhajatan seseorang hamba kepada Allah SWT. Ia juga

Leave a reply "Doa Majlis Pertunangan"