Resepi Ikan Tongkol Gulai Kuning Stail Nasi Berlauk Kelantan

Ikan Tongkol Gulai Kuning Kelantan

Masyarakat Kelantan memang terkenal dengan makanan yang sedap. Antara makanan yang unik di Kelantan adalah Nasi Berlauk Gulai Kuning Ikan Tongkol yang dihidangkan dengan sedikit sambal. Kebiasaannya ia dijadikan makanan pada waktu pagi (sarapan) namun boleh juga dimakan pada tengahri dan malam. Berikut adalah resepi gulai kuning ikan tongkol untuk anda cuba.

 

Bahan-bahan Ikan Tongkol Gulai Kuning Kelantan

A) Ikan tongkol direbus

  • Ikan tongkol
  • 10 keping asam keping
  • Garam dengan sukatan yang agak banyak untuk cukup rasa masin
  • Sedikit cuka boleh ditambah untuk menjadikan isi ikan lebih pejal

B) Bahan untuk kuah

  • 7 – 8 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 hiris lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil rempah biji ketumbar
  • 1/2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukupnya
  • Santan secukupnya
  • Timun yang dihiris atau kacang panjang yang dipotong (jika suka)

 

Cara Memasak Ikan Tongkol Gulai Kuning Kelantan

  1. Rebus ikan dalam air, asam keping dan sedikit garam. Rebuslah sehingga air hampir kering. Untuk lebih sedap, biarkan semalaman.
  2. Kesemua bahan untuk kuah di atas di blend terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan ke dalam santan dan masak dengan api kecil hingga menggelegak. Kacau selalu supaya lebih sekata.
  4. Seterusnya masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula.
  5. Masak sehingga pecah minyak.
  6. Jika anda suka, boleh masukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan atau kacang panjang yang dipotong.

Gulai Nasi Berlauk Kuning Kelate Nasi Berlauk Gulai Kuning Ala Kelantan


Carian Berkaitan
gulai ikan tongkol kelantan, resepi nasi berlauk, gulai kuning ikan tongkol, resepi gulai kuning ikan tongkol

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #gulai ikan kelantan #resepi gulai ikan tongkol nasi berlauk

Resepi Mandu, Dumpling Enak Dari Korea
Mandu atau juga dieja sebagai ‘mandoo’ merupakan makanan tradisi tradisional rakyat Korea. Ia
Cara Memasak Nasi Minyak
Nasi minyak biasanya dimakan ketika acara istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan ataupun
Resepi Bibimbap (비빔밥) Yang Mudah & Sedap
Pengenalan Bibimbap (비빔밥) Sebut saja makanan Korea pasti ramai yang terbayangkan Bibimbap. Ya,
Sukatan Sudu dan Sukatan Cawan Dalam Resepi Masakan
Seringkali kita terjumpa singkatan seperti tbsp dan tsp dalam kebanyakan resepi masakan. Apakah

Leave a reply "Resepi Ikan Tongkol Gulai Kuning Stail Nasi Berlauk Kelantan"