Langgan newsletter kami!
Klinik Kesihatan Mahmoodiah Jb

Jenis dan Kategori Klinik Kesihatan

Kategori Klinik di Malaysia

 

a. Klinik Desa

Klinik desa adalah klinik kecil yang ada di kawasan setempat yang mana ia beroperasi untuk pemeriksaan ibu dan kanak-kanak. Klinik ini hanya diuruskan oleh jururawat masyarakat dan jururawat terlatih. Rawatan pesakit luar yang ringan mungkin boleh diberi tetapi bergantung kepada keadaan dan fasiliti di klinik tersebut. Jika pesakit mempunyai masalah yang rumit, jururawat akan merujuk pesakit ke klinik ibu dan anak atau klinik kesihatan yang berhampiran.
 

b. Klinik 1 Malaysia

Klinik 1 Malaysia dilancarkan atas inisiatif Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada 7 Januari 2010. Sehingga kini terdapat 195 buah Klinik 1 Malaysia seluruh negara atau secara purata lebih kurang 10 hingga 15 buah klinik di setiap negeri. Biasanya lokasi klinik ini adalah di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Ia berfungsi untuk memberi rawatan pesakit luar bagi mengurangkan bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan ataupun hospital. Klinik ini dikendalikan oleh pembantu hospital, pembantu perubatan, jururawat masyrakat, jururawat terlatih dan pembantu perawatan kesihatan. Ada sesetengah klinik 1 Malaysia yang terpilih mempunyai pegawai perubatan yang bertugas.

Klinik 1 Malaysia dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Caj rawatan untuk warganegara Malaysia ialah RM1 manakala untuk bukan warganegara dikenakan bayaran RM15.

Rawatan yang disediakan di Klinik 1 Malaysia adalah rawatan ringan seperti demam, batuk, selesema dan penyakit ringan yang lain. Ia juga menyediakan rawatan susulan penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi dan asma serta boleh melakukan prosedur rawatan ringan seperti cuci luka dan buka jahitan. Namun begitu, tiada makmal ataupun kemudahan x-ray disediakan di sini. Sekiranya pembantu perubatan mendapati pesakit agak kritikal ataupun perlu pemeriksaaan lanjut, pesakit akan dirujuk ke klinik kesihatan terdekat ataupun hospital.

Untuk senarai lokasi Klinik 1 Malaysia, boleh rujuk Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di sini.

 

c. Klinik Kesihatan (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak)

Klinik Kesihatan adalah klinik besar dan paling lengkap kemudahannya berbanding klinik desa dan klinik 1 Malaysia. Kebanyakan klinik kesihatan dilengkapi dengan kemudahan makmal, x-ray dan farmasi. Ia ditadbir oleh pegawai perubatan yang bertugas dan dibantu oleh pembantu dan staf kesihatan yang lain. Di samping itu, sesetengah klinik kesihatan juga mempunyai pakar kesihatan keluarga yang menjadi rujukan pegawai perubatan sekiranya terdapat masalah dalam merawat pesakit.

Klinik kesihatan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang mengikut jadual waktu pejabat. Namun begitu, terdapat juga beberapa klinik kesihatan terpilih di Malaysia yang beroperasi sehingga 9.30 malam dan pada hari Sabtu jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Fungsi utamanya adalah memberi rawatan pesakit luar dan juga rawatan susulan untuk penyakit kronik yang telah dikenalpasti seperti kencing manis dan darah tinggi.

Sebenarnya tiada perbezaan yang ketara tentang kemudahan kesihatan di Malaysia. Ini kerana semua klinik kesihatan mempunyai pegawai perubatan yang sedia berkhidmat untuk memberikan rawatan yang terbaik kepada semua pesakit. Cuma yang membezakan mungkin dari segi peralatan yang terdapat di klinik tersebut contohnya di kawasan bandar dan pedalaman.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: