Maksud Sanah Helwah & Syafakallah

Islamic Wallpaper Gambar Masjid

Orang Melayu memang suka meniru perkataan dalam bahasa Arab. Bahkan frasa yang simple seperti ‘Sanah Helwah’ juga hendak di’arab’kan. Memang tak ada salahnya kita menggunakan bahasa Arab tapi sesetengah orang menggunakannya tanpa mengetahui maksudnya terlebih dahulu.

Jadi apa maksud Sanah Helwah? Sanah Helwah bermaksud

  • ‘Selamat Hari Lahir’ ataupun ‘Happy Birthday’
  • Contoh penggunaan: sanah helwah sahabat, sanah helwah ya ukhti
سنة حلوة
Sanah Helwah. Sakinah Mawaddah Barakah Warahmah.
Selamat Hari Lahir. Semoga Beroleh Ketenangan, Kasih Sayang, Keberkatan dan Belas Kasihan
بارك الله في عمرك
Barakallah Fii Umrik
Semoga mendapat berkah dari Allah dalam usiamu

Ucapan ‘Barakallah Fii Umrik‘ pula adalah ‘Doa Ulang Tahun’ ringkas yang kebiasaannya dilafazkan bersama dengan ucapan Sanah Helwah. Jadi, jika ada sahabat handai mengucapkan ‘Barakallah fii umrik’ maka jawablah dengan mengucapkan ‘Wa fiika barakallah‘ yang bererti ‘Semoga Allah juga memberkatimu’.

Begitu juga dengan perkataan ‘Syafakallah’. Syafakallah bermaksud ‘Semoga Allah memberikan kesembuhan untuk kamu’. Jika Bahasa Inggeris bersamaan dengan ‘get well soon’ lebih kurang begitu maksudnya.

شفاكم الله/ شفاك الله/ شفاك الله
Syafakallah / Syafakillah / Syafakumullah
Semoga Allah Memberikan Kesembuhan Untukmu

Penggunaan kata Syafakallah juga ramai yang silap. Bukan semua orang kita perlu guna Syafakallah. Sebenarnya Syafakallah digunakan jika ucapan itu ditujukan untuk lelaki sementara Syafakillah pula digunakan jika ucapan itu ditujukan untuk perempuan. Namun jika jumlah orangnya lebih dari satu, menurut tatabahasa bahasa Arab, gunalah kalimat Syafakumullah.

Sebenarnya banyak lagi perkataan Arab yang telah kita Melayukan seperti La Tahzan, Zauj & Zaujah, Jazakumullah Khairan Katsiran dan banyak lagi. Boleh rujuk post sebelum ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Sekian. Boleh share sekiranya bermanfaat.


Carian Berkaitan
sanah helwah, maksud sanah helwah, apa maksud sanah helwah, erti SANAH HELWAH

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #sanah helwah in malay

Maksud Sebenar Duyufurrahman
Alhamdulillah kini kita telah tiba pada musim haji sekali lagi dan syukur tidak
Berhati-hati Dengan Penipuan di Mekah & Madinah
Buat jemaah yang bakal mengerjakan haji dan umrah di tanah suci Mekah dan
Contoh Ucapan Sanah Helwah (Selamat Hari Lahir)
Mengucapkan sanah helwah bererti mendoakan seseorang itu perkara yang baik-baik sempena hari kelahirannya.
Maksud Sayyidul Ayyam, Hari Jumaat Penghulu Segala Hari
Assalamualaikum. Selamat pagi buat para pembaca sekalian. Salam Sayyidul Ayyam. Alhamdulillah kita masih

Leave a reply "Maksud Sanah Helwah & Syafakallah"