Langgan newsletter kami!
Surat Bersetem

Nak Pos Surat. Lekat Setem Berapa Sen?

“Eh, aku nak pos surat ni. Berapa sen setem kena lekat eh? 30 sen, 40 sen, 60 sen atau 80 sen?”
“Dulu aku pos surat guna setem 30 sen je. Kalau kad raya, tanpa gam sampul surat, letak setem 20 sen je”
“Dulu tu bila?”
“15 tahun lepas! Haha..”

Itu antara perbualan aku dan seorang rakan suatu ketika dahulu. Sudah agak lama tak pos surat guna setem. Yelah zaman sekarang dah jarang orang guna setem-setem ni. Hobi kumpul setem pun dah lama tak dengar orang sebut.

Zaman teknologi orang lebih cepat berhubung menggunakan e-mail, SMS, media sosial, whatsapp, messenger dan sebagainya. Anak muda dah lupa yang perkhidmatan pos dan setem antara medium perhubungan paling popular suatu ketika dahulu.

Berapa Harga Setem Untuk Pos Surat?

Jadi berbalik kepada persoalan asal di atas. Kalau nak pos surat guna perkhidmatan Pos Malaysia, berapa harga setem yang nak dilekatkan? Di sini ada sedikit panduan untuk anda.

A) Mel Standard

Mel standard adalah pos biasa yang dihantar menggunakan sampul surat putih. Setem yang diperlukan adalah 60 sen hingga 70 sen. Untuk lebih terperinci boleh rujuk di bawah:

Berat Surat Berat surat hingga 20gm – Lekat setem 60 sen
Berat surat 21gm hingga 50gm – Lekat setem 70 sen
Saiz Surat Minimum: 140 mm (panjang) x 90 mm (lebar)
Maksimum: 250 mm (panjang) x 165 mm (lebar)
Ketebalan Surat Minimum: 0.25 mm
Maksimum: 6.00 mm
Jenis Sampul dan Warna Sampul surat berwarna putih atau mempunyai tona warna yang lembut
Sampul surat tidak berkilat
Sampul surat tiada ukiran atau bergancu/ditebuk
Sampul surat dilekatkan sepenuhnya
[infobox style=”alert-success”]*Bentuk selain dari yang dinyatakan seperti spesifikasi di atas tidak diterima sebagai Mel Standard. Maksudnya harga lain la ye. Itu dah termasuk dalam Mel Bukan Standard[/infobox]

Saiz Sampul Surat Putih

B) Mel Bukan Standard

Mel bukan standard ini adalah surat yang tidak mengikut format dan saiz seperti di atas. Contoh, kalau guna sampul surat coklat, ia dah dikira sebagai Mel Bukan Standard. Harga Mel Bukan Standard bermula dari 80 sen hinggalah 5.50 bergantung pada berat surat/bungkusan.

Berat Mel Bukan Standard Harga
Sehingga 50gm 80 sen
Lebih 50gm – 100gm 90 sen
Lebih 100gm – 250gm RM1.00
Lebih 250gm – 500gm RM2.00
Lebih 500gm – 1kg RM3.50
Lebih 1kg – 2kg RM5.50

Zon Untuk Muka Depan Sampul Surat

Ini pula adalah penerangan tentang muka depan sampul surat (rujuk rajah di bawah). Setiap surat terbahagi kepada beberapa zon. (Maksudnya ada tempat khusus untuk letak setem, tempat tulis alamat penerima dan sebagainya. Bukan main hemtam je tau!)

  • Zon Kiriman Pos/Lekat Setem: 74mm (panjang) x 40mm (lebar)
  • Zon Pengirim: Maklumat pengirim, alamat, logo atau iklan. Panjang tidak memasuki Zon Bayaran Pengeposan
  • Zon Penerima: Nama dan alamat penerima ditulis atau dicetak dalam tulisan gelap dan tidak berkilat
  • Zon Kod Bar: Keseluruhan ruang 15mm di bahagian bawah sampul surat perlu dibiarkan kosong

Standard Mail Guide Pos Malaysia

Satu lagi soalan yang biasa ditanya oleh kebanyakan orang. Berapa lama surat sampai kalau pos surat guna setem yang biasa ni? Jawapan yang pastinya adalah lebih lambat daripada pos ekspress atau pos berdaftar. Kalau hantar surat guna pos ekspress, surat boleh sampai dalam 1-3 hari, maksudnya kalau guna pos biasa, anda standby lah dalam seminggu. Bergantung pada jarak dan zon surat yang dihantar. Lagi jauh lokasi penerima surat dengan anda, maka lagi lambat surat akan sampai (contoh: hantar surat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah/Sarawak).

Sekian, semoga dapat membantu.

Sumber Rujukan: Pos Malaysia

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

15 comments

  1. Assalam, kalau sampul yang 6″ × 9″ tu, letak 60 sen atau 70 sen setem? Terima kasih

  2. Sya dh pos surat semalam ke seremban.. Agak2 bila ia sampai ye? Sbb ia xde no tracking mcm pos barang.

  3. selamat pagi..saya nk buat normal post ke bangkok thailand..surat biasa dlm sampul putih..
    berapa setem yg perlu letak ye..terima kasih

  4. Kalau dari perak ke kl agak2 brapa lama??

  5. KALAU SAYA DAH LETAK SURAT DALAM PETI SURAT..TAPI DEKAT SURAT TU SAYA TERLUPA NAK TAMPAL SETEM.SO MACAM MANA YA?

  6. kalau tampal kat belakang sampul sampai tak kalau pos?

  7. zabidah ahmad shazali

    SEDIKIT PENJELASAN DIPERLUKAN…
    Adakah benar setem berharga 1.05 bagi sebarang sampul syarikat ( jmb /mc)../

  8. K awan saya pos surat dari sungai besi,Kuala lumpur ke batu pahat ,berapa hari sampai

  9. Kalau hantar surat luar negara pun kena bayar stem seperti yg dinyatakan ke ?

  10. Kalau nak hantar ke luar negara sma jak kan caranya? Cuma yg membezakan bilangan stem sja betulkan?

  11. Zazarina Abdullah

    Just now call the post office kajang
    asking how much setem to put on greating card
    Malaysia RM1.50
    Singapore RM2.50

  12. Macam mana nk pos guna stem ke luar negara ye? Macam US
    Ade borang ke nk kene isi?

  13. Habsah sheikh Yaacob

    nak letak Rm berapa pos surat ke Singapor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: