Resepi Agar-agar Santan Pandan

Agar Agar Santan Pandan

Agar-agar santan pandan memang sedap dijadikan pencuci mulut dan dimakan ketika sejuk. Ia boleh dihidangkan kepada tetamu tidak kira masa atau sebarang majlis serta sesuai untuk seisi keluarga.
 

Bahan-bahan Untuk Agar-agar Santan Pandan

  • 1 bungkus agar-­agar (rendam sehingga kembang)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan
  • 2 biji telur
  • 1 helai daun pandan
  • beberapa titik pewarna hijau – optional
  • beberapa titik perasa pandan (pandan essence) – optional

 

Cara Membuat Agar-agar Santan Pandan

  1. Basuh agar-agar dan masukkan ke dalam periuk bersama air. Jika menggunakan agar-agar serbuk, terus tuangkan sahaja.
  2. Masak dengan api sederhana sehingga agar­-agar larut, hancur dan mendidih.
  3. Masukkan daun pandan, gula merah dan gula pasir. Masukkan juga sedikit perasa pandan dan pewarna hijau jika ada. Terus kacau dan biarkan mendidih.
  4. Sementara itu, pukul sedikit telur bersama santan. Kemudian tapiskan supaya tiada ketulan apabila masak nanti.
  5. Tuang bancuhan santan dan telur ke dalam agar-agar dan kacau sehingga mendidih selama beberapa minit.
  6. Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.
  7. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

 

Tips Membuat Agar-agar Dua Lapis

Di sini dikongsikan sedikit tips bagaimana untuk buat 2 lapisan pada agar-agar pandan. Caranya adalah, selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biarkan adunan menggelegak lama sedikit, lebih kurang dalam seminit atau lebih. Kacau perlahan-lahan adunan itu dalam 1 minit dan anda akan mendapat hasil agar-agar yang lebih cantik dan mempunyai 2 lapisan selepas sejuk nanti.

Agar Agar Santan Mudah Simple

Resepi Agar Agar Pandan Custard


Carian Berkaitan

resepi agar agar santan pandan, resepi agar agar pandan, resepi agar agar santan, resepi agar-agar pandan

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #agar-agar bledo santan #cara buat agar-agar

5 Chef Selebriti Malaysia Popular Masa Kini
Siapa kata jadi tukang masak atau chef tidak boleh popular. Chef Wan, Chef
Resepi Ayam Masak Sos Tiram Dan Asparagus
Hidangan ayam masak sos tiram bersama asparagus ini cukup menyelerakan dan berkhasiat. Menu
Resepi Cheese Ball Untuk Anak-Anak Di Rumah
Sampai satu masa, anak-anak kecil akan mengalami ‘hilang selera makan’ dalam proses mereka
Masak Steamboat Sendiri di Rumah!
Seronok ya jika dapat makan buffet steamboat seperti di Seoul Garden atau Johnny’s
  1. author

    cik tom7 months ago

    nampak sedap agar2 santannya…mesti wangi bau pandan..

    Reply
  2. author

    Afif Rayyan7 months ago

    Wahhh.. nampak sedap.. boleh try nie

    Reply

Leave a reply "Resepi Agar-agar Santan Pandan"