Resepi Apam Balik Yang Tebal dan Gebu

Apam Balik

Apam balik sangat popular di kalangan rakyat Malaysia sehingga ia dikenali sebagai Malaysian pancake. Ia sangat mudah didapati dan biasa dijual di pasar malam, food truck atau di gerai-gerai makanan di tepi jalan. Sebenarnya tidak susah jika hendak membuat apam balik sendiri di rumah. Jom cuba resepi apam balik di bawah.
 

Bahan-bahan Apam Balik

A) Bahan Untuk Kulit

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik

B) Bahan Inti (Ditabur)

  • Sedikit mentega
  • serbuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan dikisar kasar)
  • 1 tin jagung krim manis
  • 1/2 cawan coklat urai atau gula pasir secukupnya

 

Cara Membuat Apam Balik

  1. Kisar gula bersama telur hingga kembang.
  2. Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning kemudian kisar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
  4. Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api kecil.
  5. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik. Biarkan separuh masak.
  6. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Masak hingga kekuningan.
  7. Apam balik siap untuk dihidangkan. Dicadangkan potong 4 atau 6 bahagian.

Apam Balik

Inti Apam Balik


Carian Berkaitan
resepi apam balik, resepi apam balik tebal, resepi apam balik lembut dan gebu, cara buat apam balik

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara buat apam balik

Resepi Mandu, Dumpling Enak Dari Korea
Mandu atau juga dieja sebagai ‘mandoo’ merupakan makanan tradisi tradisional rakyat Korea. Ia
Cara Memasak Nasi Minyak
Nasi minyak biasanya dimakan ketika acara istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan ataupun
Resepi Bibimbap (비빔밥) Yang Mudah & Sedap
Pengenalan Bibimbap (비빔밥) Sebut saja makanan Korea pasti ramai yang terbayangkan Bibimbap. Ya,
Sukatan Sudu dan Sukatan Cawan Dalam Resepi Masakan
Seringkali kita terjumpa singkatan seperti tbsp dan tsp dalam kebanyakan resepi masakan. Apakah

Leave a reply "Resepi Apam Balik Yang Tebal dan Gebu"