Resepi Ayam BBQ Sedap Kegemaran Ramai

Resepi Ayam Bakar Bbq Madu Yang Sedap

Ayam Bakar Perapan BBQ (barbeque) merupakan makanan kegemaran seisi keluarga tidak kira si ayah, kakak mahupun si adik. Tidak hairanlah jika kita lihat di pasar malam pasti ada saja orang menjual ayam BBQ ini. Sebenarnya resepi ayam bbq dan cara perap ayam untuk dibakar tidaklah susah, malah sesiapa sahaja mampu membuatnya. Antara ayam bbq kegemaran ramai adalah ayam bbq black pepper dan ayam bbq madu.

Bahan-bahan Resepi Ayam BBQ

A) Bahan Perapan

  • 2 ekor ayam (anggaran dalam 4 kg) – dipotong ikut kesesuaian
  • 3 sudu besar sos BBQ
  • 5 sudu besar gula perang (boleh diganti dengan madu)
  • 2 sudu besar gula putih
  • Garam secukup rasa

B) Bahan Kisar (Dikisar halus dijadikan pes)

  • 2 – 3 biji bawang besar – dihiris
  • 8 ulas bawang putih saiz besar
  • 4 cm halia
  • 4 cm kunyit hidup
  • 2 cm lengkuas
  • 4 – 5 batang serai – dihiris
  • 3- 4 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam halus (boleh tambah lagi untuk lebih pedas)
  • Air secukupnya

 

Cara Perap Ayam BBQ

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Kelar sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan isi ayam cepat masak apabila dibakar.
  2. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam bekas, diikuti dengan bahan-bahan perapan dan bahan kisar (Bahan A dan Bahan B).
  3. Gaul rata sehingga semua bahan meliputi permukaan daging ayam.
  4. Masukkan ayam yang telah digaul sebati tadi ke dalam bekas plastik atau Tupperware bertutup. Boleh juga gunakan zipper beg yang bersesuaian saiz.
  5. Perap ayam tersebut selama 1 atau 2 malam di dalam peti ais atau tempat frozen. Lagi lama ayam diperap lagi bertambah sedap.
  6. Apabila sudah sedia, bakar ayam di atas bara api. Semasa membakar bolehlah disapu sos BBQ (yang dibancuh dengan sedikit air) di atas isi ayam menggunakan serai untuk menambahkan aromanya.
  7. Angkat ayam yang sudah masak dan siap untuk dihidang.

Sedikit tips cara membakar ayam, jangan bakar ayam menggunakan api tapi sebaliknya bakar menggunakan bara sahaja.

Selamat mencuba!

Resepi Ayam Bakar Bbq Madu Yang Sedap

Ayam Perap Sos Bbq


Carian Berkaitan

resepi ayam bakar, resepi perap ayam bbq, resepi ayam bakar bbq, resepi ayam bbq

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website


Artikel Berkaitan

Tags: #cara perap ayam bbq #resepi ayam bbq black pepper

Resepi Bingka Bakar (Kuih Bakar Pandan)
Kuih Bingka Bakar atau lebih popular dipanggil Kuih Bakar sahaja adalah kuih yang sangat
Cara Masak Maggi Supaya Lebih Sedap
Cara Masak Maggi. Maggi adalah makanan segera yang paling digemari ramai terutamanya maggi
Khasiat Buah Tembikai Untuk Kesihatan
Buah tembikai atau juga dipanggil ‘timun cina’ atau ‘semangka’ adalah pencuci mulut pilihan utama
Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai Paling Sedap
Kali ini kami ingin kongsikan Resepi Ayam Masak Paprik yang dipopularkan dari negara
  1. author

    riangria3 months ago

    boleh cuba resepi ni lepas ni…,

    Reply
  2. author

    Olie3 months ago

    Tq…sharing yang bagus.

    Reply

Leave a reply "Resepi Ayam BBQ Sedap Kegemaran Ramai"