Langgan newsletter kami!

Resepi Ayam Masak Kurma Obama Kegemaran Malaysia

Menu ayam masak kurma bukanlah asing bagi masyarakat Malaysia malahan ia sangat popular di majlis-majlis jamuan dan kenduri perkahwinan. Berikut disertakan resepi ayam masak kurma obama yang sungguh sedap dan harum. Dan paling penting pilihlah bahan-bahan yang terbaik terutamanya santan dan ayam yang segar.
 

Bahan-bahan Untuk Ayam Masak Kurma Obama

A) Set Bahan Pertama

  • 1/2 kilo ayam
  • 20 biji kurma dibuang biji (10 biji dikisar dengan 1 cawan air & 10 biji lagi diasingkan)
  • 20 biji gajus digoreng tanpa minyak & dikisar
  • Bawang besar dipotong bulat
  • Minyak sapi
  • 1 sudu besar jus limau nipis

B) Set Bahan Kedua

  • 7 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
  • 2 sudu besar rempah serbaguna (1 sudu ketumbar, jintan putih, jintan manis dan digoreng tanpa minyak & dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam

C) Bahan Menumis

  • 5 ulas bawang merah dimayang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum daun bunga lawang
  • 4 cm halia – di tumbuk

 

Cara Memasak Ayam Masak Kurma Obama

  1. Panaskan minyak sapi
  2. Masukkan 1/2 sudu besar garam, bahan menumis dan tumis sehingga kekuningan
  3. Kemudian masukkan Set Bahan Kedua dan goreng hingga kekuningan
  4. Masukkan ayam dan tunggu sehingga air kering
  5. Masukkan kurma yang dikisar,gajus,air limau nipis dan biarkan sehinnga ayam separuh empuk
  6. Masukkan bawang besar serta 10 biji kurma yang telah diasingkan tadi dan kacau hingga rata
  7. Tunggu sehingga empuk
  8. Ayam masak kurma siap untuk dihidangkan

Tips: Ayam Masak Kurma akan lebih sedap jika dimasak sehingga sedikit kering kerana semua bahan-bahan akan meresap ke dalam isi ayam.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: