Resepi Ayam Masak Sambal Hijau (Sedap!)

Ayam Sambal Hijau

Masakan berasaskan sambal hijau ini dikhabarkan berasal dari negeri Johor yang sememangnya terkenal dengan masakan pedas. Menu sambal hijau ini sangat sesuai dimasak dengan ayam, ikan bawal, ikan keli ataupun ikan bilis. Pendek kata, masak apa pun sedap kalau ada sambal hijau. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi Resepi Ayam Masak Sambal Hijau yang telah terbukti sedap. Kalau anda tak percaya boleh cuba resepi ini.

Sebenarnya penyediaan bahan untuk lauk ini sangat simple dan cara memasaknya pula tidaklah susah. Memang sesuai buat suri rumah yang inginkan lauk hidangan nasi yang mudah, sedap dan pedas!

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Sambal Hijau

Bahan A

  • 6 ketul ayam
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 biji bawang besar – dihiris kasar
  • 2 biji limau kasturi
  • Minyak masak
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukupnya

Bahan B (Bahan Kisar)

  • 7 biji cili besar hijau
  • 7 biji cili padi hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara Memasak Ayam Masak Sambal Hijau

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam.
  2. Kemudian goreng ayam hingga masak atau hampir masak. Angkat ayam.
  3. Ambil kuali lain dan panaskan minyak.
  4. Tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga kekuningan, wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis sehingga benar-benar masak untuk elakkan rasa maung cili dan sakit perut!
  5. Untuk yang suka berkuah, tambahkan sedikit air.
  6. Kemudian masukkan ayam dan perasakan dengan sedikit garam.
  7. Kacau rata dan tunggu hingga kuah sedikit kering.
  8. Masukkan bawang besar dan kacau rata.
  9. Andai masakan terlebih pedas, boleh tambah sedikit gula.
  10. Bila bawang telah layu, perahkan limau kasturi.
  11. Padamkan api.
  12. Ayam masak sambal hijau siap!

Bagi penggemar masakan pedas, makan masakan ayam masak sambal hijau dengan nasi putih kosong pun sedap. Baru terasa lada hijau dia!

Tumis Sambal Hijau

Ayam Sambal Hijau


Carian Berkaitan
Resepi ayam masak kasturi

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Char Kuey Teow (CKT), Simple dan Sedap
Susulan artikel Resepi Char Kuey Teow sebelum ini, kami ingin berkongsi satu lagi
Resepi Mandu, Dumpling Enak Dari Korea
Mandu atau juga dieja sebagai ‘mandoo’ merupakan makanan tradisi tradisional rakyat Korea. Ia
Cara Memasak Nasi Minyak
Nasi minyak biasanya dimakan ketika acara istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan ataupun
Resepi Bibimbap (비빔밥) Yang Mudah & Sedap
Pengenalan Bibimbap (비빔밥) Sebut saja makanan Korea pasti ramai yang terbayangkan Bibimbap. Ya,

Leave a reply "Resepi Ayam Masak Sambal Hijau (Sedap!)"