Resepi Bubur Jagung Paling Mudah

Bubur Jagung

Untuk ruangan masakan, kali ini kita akan lihat  resepi pemanis mulut iaitu Resepi Bubur Jagung Paling Mudah. Memang bubur jagung adalah antara juadah yang agak jarang disediakan namun rasanya sememangnya sedap. Bahkan cara untuk menyediakannya juga agak mudah.

Bahan Untuk Resepi Bubur Jagung

  • 4 tongkol jagung
    (boleh juga gunakan jagung manis dalam tin kecil)
  • 1 kotak santan
  • 3 sudu gula perang
    (orang Kelantan lebih suka gantikan dengan nisse)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 liter air
  • 2-3 helai daun pandan

Cara Memasak Bubur Jagung

  1. Hiriskan jagung hingga tinggal pulur sahaja dan ambil isinya. Kemudian basuh dan toskan.
  2. Didihkan air, santan dan garam kemudian kacau hingga sebati.
  3. Masukkan hirisan jagung dan masak dengan api sederhana.
  4. Masukkan gula perang. Kalau anda suka manis, boleh letak gula lebih.
  5. Kacau dan biarkan seketika sehingga jagung cukup masak.
  6. Akhir sekali letak daun pandan untuk jadikannya lebih wangi.
  7. Bubur jagung siap!

Carian Berkaitan
resepi bubur jagung, bubur jagung, cara buat bubur jagung, bubur jagung kelantan

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #bubur jagung kelantan #bubur jagung tin #resepi bubur jagung mudah

Fucuk dan Cara Memasaknya
Apa Itu Fucuk? Sayur pucuk sering menjadi ramuan utama dalam penyedia­an sup sayur.
Cara Masak Telur Separuh Masak – Perfect Macam Kat Kopitiam!
Pernahkah anda makan telur separuh masak di kopitiam, RnR atau hotel? Memang sedap
Resepi Telur Masak Kicap Simple – Lauk Cepat Bila Tiada Masa
Pernahkah anda kesuntukan masa untuk memasak? Atau tak tau nak masak apa kerana
FoodPanda Kurangkan Caj Penghantaran Makanan Bagi Tahun 2019
FoodPanda merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan terus

Leave a reply "Resepi Bubur Jagung Paling Mudah"