Langgan newsletter kami!
Fillet Ikan Masak Masam Manis

Resepi Fillet Ikan Masak Masam Manis Ala Hotel

Anda suka makan fish n chips? Saya jatuh cinta pada isi ikan yang empuk tatkala pertama kali menyuapkannya ke mulut. Kalaulah sejak kecil saya gemar makan isi ikan, tentu saya akan mendapat nutrisi khusus untuk kulit yang lebih cantik!

Resepi kali ini adalah fillet ikan masak masam manis citarasa melayu. Ia banyak disediakan di hotel-hotel kerana rasanya yang sangat versatile dan cara penyediaannya juga sangat mudah. Malahan kanak-kanak juga sukakannya kerana fillet ikan yang lembut tanpa tulang dan juga sedap dimakan begitu saja.

Bahan-bahan Resepi Fillet Ikan Masak Masam Manis

  • Fillet ikan dori, dipotong bentuk empat segi
  • Tepung segera (disyorkan guna jenama Bestari sebab tak perlu nak celup dengan telur lagi)
  • 3 ulas bawang putih – dipotong atau didadu
  • 1 biji bawang besar – dipotong atau didadu
  • 2 biji cili padi, diketuk
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 mangkuk air
  • Sedikit garam dan gula
  • Lada benggala atau tomato

Cara Membuat Fillet Ikan Masak Masam Manis

  1. Celup isi ikan ke dalam tepung dan goreng. Kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  3. Kemudian campurkan ke semua sos-sos ke dalam mangkuk air dan tuang ke dalam kuali.
  4. Kacau-kacau dan tambahkan garam serta gula secukup rasa.
  5. Tambahkan lada benggala atau tomato.
  6. Tuangkan kuah ke atas isi ikan.
  7. Fillet ikan siap untuk dihidang.

Kredit: zailabinimdae.blogspot.my

Print Friendly, PDF & Email

About Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: