Resepi Laksa Penang Asli Paling Sedap

Laksa Penang Asli Paling Sedap

Laksa Penang merupakan sejenis makanan berkuah yang sangat popular di bukan sahaja Malaysia malahan di Singapura juga. Ia sangat mudah didapati di mana-mana restoren, foodcourt malahan gerai di tepi jalan serta pasar malam. Resepinya dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Kuah Laksa Penang yang sedikit cair dan mempunyai rasa masam manis cukup digemari ramai. Ada yang memanggilnya dengan nama asam laksa. Dan menurut kaji selidik antarabangsa, Laksa Penang merupakan satu-satunya makanan yang berasal dari Malaysia yang berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia. Hebat kan?

Jom kita lihat cara-cara membuat laksa penang.

Bahan-bahan Laksa Penang

  • 1 kg laksa (dicelur)
  • 1 kg ikan kembung
  • 2 batang bunga kantan
  • 5 keping asam gelugur
  • 10 biji cili padi
  • 1 tangkai daun kesum
  • 2 sudu besar otak udang
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4 liter air
  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 biji telur rebus
  • sedikit daun salad (dipotong halus)
  • 1 biji timun (dipotong memanjang halus)
  • garam secukup rasa

Cara Memasak Laksa Penang

  1. Rebus terlebih dahulu ikan kembung sehingga lembut.
  2. Buangkan tulangnya dan kisar isi ikan sehingga halus.
  3. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daum kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang dan air ke dalam periuk.
  4. Biarkan ia mendidih selama 20 minit.
  5. Masukkan isi ikan, garam dan masak lagi selama 10 minit.
  6. Ok, laksa penang siap dimasak. Baru siap masak belum dihidang lagi. Sabar..

Cara Menghidang Laksa Penang

  1. Masukkan laksa ke dalam mangkuk.
  2. Tuangkan kuah laksa panas sehingga penuh.
  3. Letakkan salad dan timun yang siap dipotong.
  4. Letakkan telur rebus separuh.
  5. Boleh letakkan limau lipis untuk lebih sedap.
  6. Ok, laksa penang siap untuk dimakan. Nyum.. nyum..

sedapnya-asam-laksa laksa-penang-asli-paling-sedap


Carian Berkaitan

resepi laksa penang, laksa penang, resepi laksa penang asli, resepi laksa

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #chef wan asam laksa recipe #laksa penang asli #laksa penang mudah #resepi asam laksa penang #resepi kuah laksa penang #resepi laksa penang chef wan

Apa Itu Ovalette?
Apa Itu Ovalette? Nama panggilan lain bagi Ovalette (atau ada juga yang mengeja
Resepi Apam Strawberry
Bahan Untuk Resepi Apam Strawberry 2 biji telur 1 cawan gula 1 sudu
Resepi Sekaya atau Seri Kaya
Seri Kaya atau Sekaya adalah makanan yang manis dan sedap. Ia sangat sesuai
Resepi Bubur Jagung Paling Mudah
Untuk ruangan masakan, kali ini kita akan lihat  resepi pemanis mulut iaitu Resepi Bubur