Resepi Lepat Pisang Paling Sedap

Lepat Pisan

Cara Membuat Lepat Pisang. Lepat pisang adalah salah satu kuih tradisi Melayu yang sangat digemari oleh semua peringkat umur. Dengan aroma daun pisang dan isi lepat pisang yang lembut, memang sedap dimakan ketika masih panas. Tambahan pula cara membuatnya adalah mudah dan pantas. Mungkin bagi mereka yang tinggal di bandar, mencari daun pisang agak sukar, maklumlah bukannya ada dijual di pasaraya besar Tesco, Giant dan AEON Big!

 

Bahan-bahan Lepat Pisang

  • Daun pisang – dilayukan dan dipotong saiz 6 inci X 6 inci
  • 2 cawan pisang dilecek dan dilenyek. Anggaran dalam 20 biji pisang.
    (Boleh guna pisang emas, pisang berangan atau pisang montel)
  • 1 cawan tepung gandum atau boleh tambah sedikit tepung beras
  • 2 sudu besar tepung susu atau santan pekat
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Secubit garam
  • Optional: Boleh tambah 2 sudu besar gula melaka atau gula merah

 

Cara Membuat Lepat Pisang

  1. Masukkan pisang, gula pasir, gula melaka/gula merah dan gaul.
  2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras, kemudian gaul lagi.
  3. Masukkan santan dan sedikit garam.
  4. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
  5. Letakkan dalam sesudu atau lebih di atas daun pisang.
  6. Lipat kedua-dua hujung dngn kemas
  7. Kukuskan selama 15-25 minit.
  8. Lebih sedap dihidangkan ketika masih panas.

Lepat Pisang Inti Kelapa Lepat Pisang Lembut Dan Seda


Carian Berkaitan

resepi lepat pisang, lepat pisang, resepi lepat pisang santan, cara buat lepat pisang

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara buat lepat pisang yang lembut #lepat pisang tepung beras

5 Chef Selebriti Malaysia Popular Masa Kini
Siapa kata jadi tukang masak atau chef tidak boleh popular. Chef Wan, Chef
Resepi Ayam Masak Sos Tiram Dan Asparagus
Hidangan ayam masak sos tiram bersama asparagus ini cukup menyelerakan dan berkhasiat. Menu
Resepi Cheese Ball Untuk Anak-Anak Di Rumah
Sampai satu masa, anak-anak kecil akan mengalami ‘hilang selera makan’ dalam proses mereka
Masak Steamboat Sendiri di Rumah!
Seronok ya jika dapat makan buffet steamboat seperti di Seoul Garden atau Johnny’s

Leave a reply "Resepi Lepat Pisang Paling Sedap"