Langgan newsletter kami!
Image Of Mee Bandung

Resepi Mee Bandung Muar Asli (Original)

Mee Bandung Muar adalah salah satu makanan warisan yang digemari ramai seandainya berkunjung ke Johor, dan Muar terutamanya. Keenakan mee bandung muar yang asli memang tidak dapat dinafikan lagi. Namun sayang sekali ramai yang memasak mee bandung muar dengan menambah-nambah bahan yang menyebabkan resepi tersebut telah lari dari resepi asal. Ramai juga yang mengambil jalan mudah untuk memasak dengan menggunakan pes perencah mee bandung muar.

Untuk makluman, mee bandung muar asli tidak mengandungi apa-apa rasa masam. Jadi, janganlah anda semua memasukkan tomato puri/sos tomato/sos cili/asam jawa ke dalam resepi ini. Ia akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai mengubah rasa mee bandung muar ni dengan menambah bahan-bahan yang masam seterusnya merosakkan rasanya.

Bahan-bahan Resepi Mee Bandung Muar

Bahan A

  • 1 bungkus mee kuning (siap dicelur)
  • Udang basah (bergantung nak letak banyak mana)
  • Sotong (bergantung nak letak banyak mana)
  • Segenggam udang kering
  • Segenggam kacang tanah goreng ditumbuk
  • Sawi
  • Hirisan daging
  • 3 biji telur
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • Sos tiram
  • Kiub pati ayam
  • 1 cawan air (untuk dijadikan kuah)
  • Tauhu goreng
  • Limau nipis
  • Cili
  • Bawang goreng
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili giling

Cara Memasak Mee Bandung Muar

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar dan masukkan cili giling.
  3. Masukkan sedikit gula, sos tiram dan tumis sampai pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan udang kering dan kacang tanah dan tumis lagi sehingga naik bau.
  5. Masukkan hirisan daging, ayam, sotong dan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan kiub pati ayam. Kalau dah masin tidak perlu letak garam lagi.
  7. Gaulkan sebati dan kecilkan api.
  8. Pecahkan 3 biji telur dan biarkan sampai telur masak. (atau boleh gantikan dengan telur rebus yang dipotong dua).
  9. Masukkan sawi. Tunggu sekejap dan tutup api.
  10. Curahkan kuah ke dalam pinggan/mangkuk yang berisi mee kuning yang telah dicelur.
  11. Taburkan dengan bawang goreng, hirisan cili dan perahkan asam limau nipis.
  12. Siap! Mee Bandung Muar sedia untuk dimakan.

Tips Memasak Mee Bandung Muar Supaya Lebih Sedap

  1. Gunakan udang kering yang telah direbus terlebih dahulu, kemudian air rebusan udang kering digunakan untuk mengisar bahan-bahan tumis.
  2. Gunakan daging tenderloin untuk mempercepatkan masa memasak. Tenderloin adalah bahagian daging yang lembut dan mudah empuk. Anda boleh cuba cari Frozen Indian Beef Tenderloin yang banyak dijual di pasaraya. Daging tersebut direbus hingga empuk dan air rebusan disimpan sebagai kuah Mee Bandung ini.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

12 comments

  1. wah ni wajib try nih, terima kasih share resepi ye =)

    • ye betul. saya paling menyampah kalau org masak mee bandung rasa masam. mana dia belajo ntah. udang kering kena blender cik.

  2. Azmi Abdul Ghani

    Salam TUAN tulis memang cantik ! Tetapi memang cakap tak serupa bikin.

    Mee bandung asli tiada chicken stock. Awak dah letak air rebusan daging (stock perasa lembu untuk apa letak chicken stock?).

    Mana ada sos tiram dalam mee bandung original. sos tiram ini penambah rasa UMAMI (Rasa kelima sahaja). Zaman dulu orang melayu mana pakai oyster sauce. Ini zaman zaman sekarang aje.

    Bawang goring ni pun hiasan zaman sekarang sahaja. Dulu yang asli mana ada.

    Sorry , saya membesar d muar dan tinggal di asrama belakang medan selara muar. Hari hari saya tengok kakak kedai tu buat sambal udang kering (asli guna udang kering). Tambahan yang tuan sebut2 di atas adalah bertujuan untuk berniaga dengan menggurangkan penggunaan udang kering yang begitu mahal. Jadi itu sebabnya orang letak Kacang (termasuklah awak punya resepi). Yang asli hanya udang kering. dan daging lembu lembu. Lembu sekarang pun mahal , jadi daging pun gunalah kerbau india.

    • Putri Mohd Kassim

      Tuan saya mencari resipi original mee bandung muar, tuan ada ke

      • Azmi bIn Ab Ghani

        Atas tu dah ada resepi – yang asli. letak bawang merah, putih, sedikit belacan . Bahan utama adalah udang kering yang di tumbuk atau blender. Buat sambal@paste. buat sambal. Jadi mestii ada pedas, manis sambal udang kering yang yang masinnya rasa yang tak menonjol.

        Pedas (ikut cita rasa).

        Dan buat mee bandung , seolah masak jenis – jenis sup berkuah – mesti ada stocc. Dulu orang rebus daging lembu. Daging lembu sedap. Air nya yang dibuat kuah mee bandung tu. Tapi sekarang, rasa ramai orang tak tahu. Daging dari India adalah daging kerbau. Jadi rasa stock jauh tak sedap. ( Maaf tak ada aslinya kalau makan dikedai). Kalau sanggup bayar mahal, maka carilah daging lembu ori (frozen ada) dari Australia/Brazil/New Zealand dan maybe lembu tempatan. Kalau india mari memang daging kerbau india (bukan water buffalo ). Kerbau kita kerbau lagi bau lumpur.

        Gunakan air, masukkan sambal@paste. Rahsia mee bandung adalah pada udang kering. Lebih banyak lebih sedap tapi KOS udang kering sangat mahal. Tak practical kalau nak berniaga.

        Maka.
        Air guna stock lembu – (boleh ganti guna chicken stok atau beef stock maggi atau Knorr).
        Daging mesti ada…
        Daun sawi mesti ……(no taugeh boss kurrrr).
        Dan semasa dah nak siap masak masuk kan telur dengan memecahkan telur dalam kuah mee. sama kaedah masak gulai telur itik negori .

        Saya faham, kerana tengok orang berniaga masak kerana nak jimatkan kos. Jadi kalau lihat tukang masak warung masak maka itulah
        *Jumpa sos tiram
        *sos cili
        *sos tomato
        *Keledek
        *kacang tumbuk

        Bahan2 ni guna hanyalah untuk kurangkan kos dan ganti udang kering yang mahal.

        Dresssing atau taburan tu:
        1) bawang goring
        2) Daun bawang
        3) Daun sup

        Hanya hiasan sahaja
        2)

        Bila kuah hampir masak, masuk mee – mee ni lenih bagus celur di luar kerana mee kalau rebus dengan kuah akan keluar bau pengawet mee yang tak sedap.
        Aslinya mee kuning . selain mee ni memang tak ori

        dah masak.

        Rasakan garam , dan gula. ini citarasa sendir

      • Mee Bandung Muar ni rahsia tradisi asal orang muar yang menciptanya. Tak semua tahu. Antara pencipta asal yang hebat ialah Allahyarhamah Jamilah yang mengusahakan JM Bariyani House di USJ9. Namun rasa ada beza sikit sekarang setelah di franchise kepada mamak (Kalau tak silap). Paste Bandung Muar pun ada mamak yang jual di pasaran negara kita. Paste itu tak semuanya betul. Justeru kerahsiaannya kekal sehingga kini kerana telah dikomersialkan. Di Pahang hanya ada satu tempat yang saya pernah rasai kenikmatan rasa Mee Bandung Muar asli iaitu di Gerai Nasi Lemak A Plus di Rileks Aki Foodcourt Sungai Isap 2, Kuantan. Di situ juga ada dijual Tauhu Bakar asli Johor.

    • Saya setuju ngan pdt awk..mee bandung bahan utama mesti ada udang kering utk jdikan paste…kuah dr air rebusan daging lembu.. cili kisar, bawang merah,putih,lengkuas bahan campuran utk buat paste…telir, hirisan daging, dan udang…sos cili dan sos tomato tu cuma nak oekatkan je…

    • Sah resepi ini bukan Mee Bandung Muar Original. Resepi pun ada pelbagai perencah dan perisa seperti sos tiram, kacang tanah dsb. Tapi pandai jugak komplen Mee Bandung Muar tiada rasa masam. Itu betul. Ha ha ha.

  3. kt tg mas mmg x de kacang tanah. tapi sekitarnya ramai dah campo kacang tanah. bwg goreng daun sup. rasa x lari. sos tiram mmg janggal dan asing. ok bro. wassalam

  4. Saya ikot bulat2 resepi ni tapi kenapa tak jadi ye?

    • Ni bukan resepi asli mee bandung…
      Mne ade mee bandung pakai sos tiram
      Udang kering, biskut meri, air rebusan daging die puny highlight la…
      Tp xpela…ape2 pon bolehla…asalkan sedap ikut citarasa n boleh mkn…

  5. tapi yg asli tak letak kacang tanah,ayam,sos tiram n kiub pati ayam.air daging tu yg buat rasa manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: