Resepi Nasi Dagang Asli Terengganu Dengan Gulai Ikan Tongkol

Nasi Dagang Resepi Asli Terengganu

Nasi dagang adalah hidangan nasi tradisi dan makanan sarapan yang agak popular di negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, seperti Terengganu dan Kelantan serta Wilayah Pattani Selatan Thailand, Yala dan Narathiwat. Nasi dagang yang paling terkenal adalah berasal dari Terengganu iaitu di Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Nasi Dagang juga boleh dianggap sebagai hidangan perayaan di Kelantan dan Terengganu kerana ia disediakan di rumah pada pagi Aldilfitri, untuk dimakan sebagai sarapan pagi sebelum atau selepas solat Hari Raya di masjid.

Bahan-bahan Untuk Nasi Dagang

  • 4 cawan beras biasa
    (Boleh guna beras Jati atau beras siam wangi cap Bird of Paradise)
  • 1 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair (dengan tambahan sedikit gula dan garam)
  • 1/2 cawan santan pekat (dengan tambahan sedikit garam)
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • Daun pandan

Cara-cara Memasak Nasi Dagang

  1. Campurkan beras biasa dan beras pulut kemudian rendamkan semalaman atau lebih kurang 8 jam.
  2. Kemudian basuh bersih campuran beras tadi dan toskan.
  3. Kukus campuran beras tadi selama 20 minit.
  4. Angkat nasi yang siap dikukus tadi dan masukkan ke dalam bekas yang agak besar.
  5. Gaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata.
  6. Biar seketika sehingga semua santan meresap ke dalam nasi.
  7. Masukkan lagi kesemua santan sehingga meresap rata ke dalam nasi dan biarkan ia sekejap.
  8. Kukus semula campuran nasi dan santan selama 20 minit lagi.
  9. Boleh letakkan daun pandan untuk lebih harum.
  10. Sementara itu hiris bawang dan halia dengan hirisan halus.
  11. Taburkan hiris bawang dan halia di atas nasi yang sedang dikukus kukusan dan juga buah halba. Kacau perlahan-lahan sehingga rata.
  12. Angkat nasi untuk kali kedua dan harumkan dengan santan pekat sehingga rata sehingga nasi nampak sudah elok lembutnya. Kacau perlahan-lahan. Kali ini nasi tidak perlu dikukus lagi.
  13. Nasi siap untuk dihidangkan.

nasi-dagang-kosong

gulai-ikan-kuah-nasi-dagang

Bahan-bahan Untuk Gulai Ikan Nasi Dagang

Bahan-bahan ikan:

  • 1 ekor ikan tongkol hitam atau ikan aya bersaiz besar (lebih kurang 1 kg)
  • telur rebus
  • 4 keping asam gelugor/asam keping

Bahan-bahan gulai:

  • 1 biji kelapa (diambil santan)
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 paket Rempah Gulai Cap Bunga Rose 15 gram
    (boleh tambah untuk kuah yang lebih pekat dan lebih sedap)
  • 1 paket Rempah Masak Cap Bunga Rose 12 gram
    (boleh tambah untuk kuah yang lebih pekat dan lebih sedap)
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 hiris lengkuas (dikisar)
  • 2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
  • 10 cili kecil
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

rempah-gulai-cap-bunga-ros-15gm rempah-masak-cap-bunga-ros-12gm

Cara-cara Memasak Gulai Ikan Nasi Dagang

  1. Bersihkan ikan kemudian rebus bersama 4 keping asam gelugor dan sedikit garam sehingga airnya tinggal separuh. Untuk lebih sedap, rebus dan biarkan semalaman. Jangan buang air rebusan.
  2. Dalam periuk yang lain panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan rempah masak.
  3. Goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih dan hampir pecah minyak.
  5. Masukkan ikan dan air rebusan ikan tadi. Jangan masukkan asam keping rebusan ikan.
  6. Kemudian reneh sehingga pecah minyak dan agak pekat.
  7. Boleh tambah telur rebus juga sebab ada juga orang yang suka makan nasi dagang dengan gulai telur rebus.
  8. Masukkan cili padi dan renehkan sebentar. Kalau suka boleh tambah belacan.
  9. Gulai ikan siap untuk dihidangkan.
  10. Untuk gulai yang lebih pekat, boleh masak lama sedikit.
  11. Gulai ini lebih sedap jika dibuat lebih awal. Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Jadi, keesokan hari gulainya akan lebih enak dan wangi.

Carian Berkaitan

resepi nasi dagang terengganu, resepi nasi dagang, nasi dagang terengganu, resepi nasi dagang terengganu asli

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #cara buat nasi dagang mudah dan sedap #nasi dagang resepi #Ns Dagang Trg #resepi nasi dagang senang #Resepi Nasi Dagang Terengganu

Resepi Ayam Masak Merah Yang Paling Sedap
Kali ini, kami ingin berkongsi cara memasak ayam masak merah yang paling sedap.
Resepi Fish Cake Homemade
Walaupun bukan lagi seorang kanak-kanak, saya masih gemar makanan ringan seperti bebola udang,
Juadah Berbuka Puasa Pilihan Artis Malaysia
Pejam celik pejam celik, Ramadhan yang dirindui kini kembali. Disambut penuh ketaqwaan, umat
6 Kuih-Muih Wajib Beli Di Bazar Ramadhan
Buat anda yang tidak sempat memasak dan menyediakan makanan, bazar Ramadhan menjadi lokasi

Leave a reply "Resepi Nasi Dagang Asli Terengganu Dengan Gulai Ikan Tongkol"