Resepi Nasi Goreng Cina Yang Ringkas dan Sedap


Bahan-Bahan untuk Nasi Goreng Cina

  • 4 cawan nasi sejuk
  • 2 biji telur
  • 1 cawan udang sederhana besar
  • 1 cawan sayur campur
  • 2 batang cili hijau/merah
  • Sedikit daun sup/daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit Garam
  • Sedikit gula
  • Bahan Tumis (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar lada hitam

Nasi Goreng Cina
Cara-Cara Memasak Nasi Goreng Cina

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
  2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
  3. Bila nampak telur sudah separuh masak, kacau cepat-cepat supaya sekata.
  4. Masukkan sayur campur dan udang. Masukkan hirisan cili hijau/merah.
  5. Kacau lagi sehingga rata.
  6. Masukkan sos tiram dan kacau/gaul lagi.
  7. Masukkan nasi dan garam serta sedikit gula. Kacau supaya rata dan goreng nasi sedikit berasap.
  8. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang. Kemudian kacau lagi.
  9. Rasa sikit jika belum confident. Sekiranya sudah cukup rasa, bolehlah matikan api dan angkat nasi goreng itu.
  10. Nasi goreng cina lebih sedap sekiranya dimakan bersama ayam goreng atau keropok ikan.

Carian Berkaitan
nasi goreng cina, resepi nasi goreng cina, cara buat nasi goreng cina, resipi nasi goreng cina

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...
Resepi Mandu, Dumpling Enak Dari Korea
Mandu atau juga dieja sebagai ‘mandoo’ merupakan makanan tradisi tradisional rakyat Korea. Ia
Cara Memasak Nasi Minyak
Nasi minyak biasanya dimakan ketika acara istimewa seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan ataupun
Resepi Bibimbap (비빔밥) Yang Mudah & Sedap
Pengenalan Bibimbap (비빔밥) Sebut saja makanan Korea pasti ramai yang terbayangkan Bibimbap. Ya,
Sukatan Sudu dan Sukatan Cawan Dalam Resepi Masakan
Seringkali kita terjumpa singkatan seperti tbsp dan tsp dalam kebanyakan resepi masakan. Apakah

Leave a reply "Resepi Nasi Goreng Cina Yang Ringkas dan Sedap"