Resepi Pencuci Mulut Puding Oreo

Puding Oreo

Resepi Puding Oreo. Sudah masuk hujung minggu, ada rakan-rakan yang akan datang ke rumah? Cuba resepi puding oreo yang sangat enak dan sangat mudah disediakan. Tetamu anda pasti akan memuji.

Bahan-bahan Resepi Puding Oreo

  • 8 auns krim keju
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan gula ising
  • 2 kotak kecil puding french vanila
  • 3 1/2 cawan susu sejuk
  • 12 auns topping cool whip
  • 1/2 kilo biskut oreo, dihancurkan

Cara Membuat Puding Oreo

  1. Pertama sekali, campurkan dan gaul sebati krim keju, mentega dan gula ising dalam satu mangkuk.
  2. Pukul puding dan susu dalam mangkuk yang lain. Kemudian, kaup (dari bawah ke atas) topping cool whip.
  3. Masukkan campuran kedua dalam mangkuk yang pertama dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali, lapiskan puding dengan biskut oreo hancur di mana lapisan paling atas adalah lapisan biskut oreo.
  5. Selamat mencuba!

Sumber: justapinch.com

P/s: Jika anda tidak dapat atau tidak mahu menggunakan topping cool whip, ini resepi untuk anda boleh buat sendiri topping cool whip yang lebih berkhasiat:

Bahan-bahan Topping

  • 1/2 cawan air sejuk
  • 2 sudu kecil gelatin tanpa perisa
  • 2 1/4 cawan krim putar
  • 1/4 cawan gula ising, diayak
  • 1 sudu besar vanila

Cara Membuat Topping

  1. Masukkan air dalam kuali leper dan taburkan gelatin.
  2. Biarkan selama 2 hingga 3 minit.
  3. Panaskan kuali pada api sederhana kecil dan kacau sehingga gelatin larut.
  4. Tutup api dan biarkan sejuk tetapi jangan sehingga ia menjadi pejal.
  5. Masukkan krim putar ke dalam mixer dan pukul dalam kelajuan perlahan kemudian sederhana.
  6. Perlahankan semula kelajuan mixer dan taburkan gula ising.
  7. Tambahkan sedikit demi sedikit vanila.
  8. Kemudian masukkan campuran gelatin di sekeliling mangkuk.
  9. Tambahkan sekali lagi kelajuan mixer menjadi sederhana.
  10. Krim putar anda siap setelah mendapat tekstur yang stabil seperti topping cool whip.

Sumber: realhousemoms.com

Leen

Graduan Komunikasi dan Media Massa ini pernah menjadi jurukecantikan dan instruktur senaman. Sekarang seorang penulis bebas, harapannya adalah untuk mengajak orang ramai memperbaiki kesejahteraan diri.

More Posts - Website

Loading...
Fucuk dan Cara Memasaknya
Apa Itu Fucuk? Sayur pucuk sering menjadi ramuan utama dalam penyedia­an sup sayur.
Cara Masak Telur Separuh Masak – Perfect Macam Kat Kopitiam!
Pernahkah anda makan telur separuh masak di kopitiam, RnR atau hotel? Memang sedap
Resepi Telur Masak Kicap Simple – Lauk Cepat Bila Tiada Masa
Pernahkah anda kesuntukan masa untuk memasak? Atau tak tau nak masak apa kerana
FoodPanda Kurangkan Caj Penghantaran Makanan Bagi Tahun 2019
FoodPanda merupakan salah satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan tempahan dan penghantaran makanan terus

Leave a reply "Resepi Pencuci Mulut Puding Oreo"