Resepi Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Sambal Belacan 1

Tidak lengkap hidangan nasi berlauk ala Kelantan jika tiada gulai kuning ikan tongkol dan juga sambal. Jom kita belajar bagaimana nak buat sambal original nasi berlauk kelantan yang sedap dan sedang-sedang saja pedasnya.

Bahan-bahan Sambal Nasi Berlauk Kelantan

  • 4 biji cili kampung merah
  • 2 biji cili padi
  • Belacan bakar sebesar ibu jari
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 biji limau kasturi
  • Sedikit air

** Tips: Sesuaikan kepedasan sambal yang diinginkan dengan menambah atau mengurangkan jumlah cili.

Cara Membuat Sambal Nasi Berlauk Kelantan

  1. Basuh cili dengan bersih dan potong kecil-kecil.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend semua bahan di atas.
  3. Untuk sukatan air, sesuaikan supaya boleh mengisar kesemua bahan tadi.
  4. Kisar sekejap saja dan jangan terlalu hancur, mungkin dalam 2 – 3 tekan blender.
  5. Masukkan cuka dan air limau kasturi dan gaul rata.
  6. Suaikan rasa dan siap untuk dihidang.

Sambal Nasi Ala Kelantan Nasi Berlauk Gulai Kuning Ala Kelantan


Carian Berkaitan

resepi sambal belacan kelantan, resepi sambal lada kelantan, sambal nasi berlauk kelantan, sambal belacan kelantan

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #sambal belacan sedap

Resepi Ayam Masak Halia Yang Ringkas
Masakan yang simple dan cepat seperti resepi ayam masak halia ini memang menjadi
Resepi Mee Bandung Muar Asli (Original)
Mee Bandung Muar adalah salah satu makanan warisan yang digemari ramai seandainya berkunjung
Koleksi 5 Resepi Sambal Kegemaran Malaysia
Orang Malaysia memang tak boleh dipisahkan dengan sambal. Bila makan nasi mesti nak
Resepi Ikan Lumek Kering Merah Pedas Manis
Pernahkah anda makan ikan lumek kering yang berwarna merah dan rasanya pedas-pedas manis
  1. author

    Hakim Mahmud2 years ago

    wah nampak sedap betul sambal ni.

    Reply

Leave a reply "Resepi Sambal Nasi Berlauk Kelantan"