Langgan newsletter kami!
Tteokbokki (Spicy Rice Cakes)

Resepi Tteokbokki Korea Yang Popular

Sekiranya anda adalah penggemar drama Korea ataupun peminat KPOP ataupun peminat Running Man pasti sedikit sebanyak pengaruh Korea telah meresap ke dalam jiwa anda. Begitu juga dengan makanan. Anda juga mungkin akan menjadi penggemar makanan Korea. Barulah lengkap ke’Korea’an anda tu. Malaysian Korea gittew..

Baiklah, antara menu makanan yang popular di Korea adalah Tteokbokki (ada juga yang mengeja dengan nama Ddeokbokki, Topokki or Dukbokki). Tak kisahla ejaan dan sebutan mana yang sebenar tetapi ia membawa maksud yang sama.

Apa itu Tteokbokki?

Tteokbokki adalah satu makanan tradisi Korea yang berasaskan kek beras (rice cakes) dan banyak dijual di pinggir jalan di Korea. Makanan ini sangat popular di kalangan penduduk Korea dan biasanya dimasak manis-manis pedas dan dimakan bersama fish cakes dan telur.

Bahan-bahan Resepi Tteokbokki

Bahan Untuk Kek Beras (Rice Cakes)

  • 1/2 pekat tepung pulut
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Sedikit garam
  • Air

Bahan Untuk Sos

  • 3 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
  • 1/2 cawan air
  • 6 biji cili api dan 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar sos Thai bawang putih
  • 1 sudu besar cuka

Cara Membuat Tteokbokki

  1. Masukkan 1/2 bungkus tepung beras pulut, sedikit garam, minyak bijan dan air ke dalam bekas.
  2. Uli kesemua bahan tersebut. Teksturnya mestilah tidak terlalu lembik. (Anggaran lebih keras sedikit daripada buah melaka).
  3. Jadikan doh dengan menguli secara memanjang.
  4. Kemudian potong mengikut saiz yang sesuai untuk dimakan mengikut citarasa anda.
  5. Panaskan air dalam setengah periuk kemudian masukkan minyak masak sebanyak 1 sudu besar.
  6. Apabila air telah mendidih, masukkan kek beras yang siap dipotong tadi ke dalam periuk.
  7. Angkat dan sejatkan kek beras yang telah timbul.
  8. Seterusnya, tumis bahan yang diblend tadi.
  9. Apabila cili kisar dah nampak garing masukkan air dan cuka kemudian kacau hingga sebati.
  10. Masukkan sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa kemudian kacau.
  11. Bila kuah menjadi agak pekat, masukan pula kek beras dan teruskan mengacau.
  12. Akhir sekali, masukan minyak bijan sebanyak 2 sudu kecil. Kacau seketika dan angkat.
  13. Taburkan biji bijan sebelum dihidangkan.

Topokki

Tteokbokki

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: