Siapakah Projector Band Yang Tiba-tiba Viral Dengan Lagu Sudah Ku Tahu


Biodata Projector Band

  • Senarai Ahli (5 Orang):
  • Iskandar Zulkarnain Shafin (Is) – vokalis
  • Razif Zainuddin (Razif) – gitar utama
  • Ahmad Khusairi Saferi (Mat) – bass
  • Safiq Zainuddin (Apit) – dram
  • Isnaidi Eidham Razali (Eddy) – gitar kedua
  • Asal: Kuala Kubu Baru, Selangor
  • Lagu Popular: Sudah Ku Tahu

 

Sejarah Penubuhan Projector Band

Tertubuhnya kumpulan Projector Band pada 2013 bermula dari dua jejaka, Razif Zainuddin (juga lebih mesra dipanggil Angah) dan Ahmad Khusairi yang bercita-cita untuk mencipta band sendiri. Mereka berdua yang pandai bermain gitar telah mencipta sebuah lagu sendiri namun masih mencari orang yang sesuai untuk menyanyikan lagu mereka tersebut. Mereka kemudiannya bertemu dengan Iskandar Zulkarnain Shafin ataupun dipanggil Is sedang menyanyikan sebuah lagu di karaoke. Ketika itulah Is bersetuju untuk menyanyikan lagu mereka dan seterusnya merakamkan lagu ‘Sudah Ku Tahu‘ yang sangat popular kini. Setelah itu, dua orang lagi ahli iaitu Safiq Zainuddin (Apit) dan Isnaidi Eidham Razali (Eddy) menyertai mereka yang melengkapkan kumpulan Projector Band.

Fakta Menarik Tentang Projector Band

  • Pada 11 Disember 2015, Projector Band telah dilamar oleh syarikat rakaman MAPMUSIC yang akan membantu mereka dari segi promosi dan pengurusan.
  • Lagu “SUDAH KU TAHU” merupakan single pertama Projector Band telah menjadi viral di media sosial dan di carta lagu seluruh malaysia termasuklah Carta 40 Radio Era.
  • Ironi melodi lagu “Sudah Ku Tahu” mengembalikan ingatan terhadap lagu rock ‘leleh’ tahun 90-an selain mempunya ritma seperti muzik  dari negara seberang, Indonesia.

Gaya Aksi Santai Projector Band

Siti Nordiana Nyanyi Spontan Lagu Projector Band Sudah Ku Tahu

Projector Band - Sudah Ku Tahu - Cover Single


Carian Berkaitan

projector band, biodata projector band, projector band biodata, projektor band

Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

More Posts - Website

Loading...

Tags: #Projector Band #sudah ku tahu

Biodata Hazama, Penyanyi Versatile Kelahiran Akademi Fantasia
Selepas menjuarai Akademi Fantasia 9, nama Hazama terus mekar dalam industri seni suara
Biodata Aprena Manrose, Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Biodata Aprena Manrose | Beliau mula dikenali semenjak muncul dalam drama bersiri popular Pinggan
Biodata Zera Hariz, Pelakon Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Biodata Zera Hariz | Zera Hariz adalah bekas juara program The Band anjuran
Biodata Siti Nordiana, Penyanyi Wanita Yang Sentiasa Comel
Biodata Siti Nordiana Nama Penuh: Siti Nordiana binti Alias Nama Panggilan: Nana Tarikh

Leave a reply "Siapakah Projector Band Yang Tiba-tiba Viral Dengan Lagu Sudah Ku Tahu"