Langgan newsletter kami!
Hajar Aswad

Adakah Benar Hajarul Aswad Dari Syurga?

Soalan:

Benarkah hajarul aswad itu berasal dari syurga? Adakah hadith yang menceritakannya itu hadith yang sahih?

Jawapan:

Apakah dia hajarul aswad? Hajarul Aswad (الحجر الأسود) adalah perkataan Arab yang bermaksud batu hitam atau ‘The Black Stone’. Batu ini boleh dijumpai di sudut timur Kaabah atau sebelah kiri Multazam (antara Hajarul Aswad dan pintu Kaabah). Bentuk Hajarul Aswad adalah bundar. Ia berwarna hitam dan berlubang. Tingginya sekitar 150 sentimeter dari atas tanah.

Batu ini mempunyai lingkaran sekitar 30 sentimeter dan garis tengah 10 sentimeter, lebih besar daripada lingkaran muka seseorang. Kerana itu, seseorang yang ingin mencium batu ini harus memasukkan mukanya ke dalam lubang itu. Kepala yang besar pun dapat dimasukkan ke dalam lubang batu hitam ini. Bahagian luar batu hitam ini pula diikat dengan pita perak yang berkilat.

Rasulullah SAW menceritakan kepada kita bahawa Hajarul Aswad itu memang benar berasal dari syurga.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : نَزَلَ الحَجَرُ الأَسْوَدُ مِنَ الجَنَّةِ ، وَهُوَ أَشَدُّ بَيَاضًا مِنَ اللَّبَنِ ، فَسَوَّدَتْهُ خَطَايَا بَنِي آدَمَ

Ertinya: “Telah bersaba oleh Rasulullah SAW: Telah turun Hajar Aswad itu dari syurga. Dan ia adalah terlebih putih dari susu kemudian telah menghitamkannya oleh dosa-dosa manusia.”

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan berkata Imam Tirmizi hadith ini ialah hadith hasan lagi sahih.

Imam Al-Baghawi meriwayatkannya dalam kitab Syarh As-Sunnah dan berkata sanadnya adalah sahih.

Juga diriwayatkan oleh Imam Ibnu Munzir dalam kitab Ar-Targhib Wat-Tarhib katanya sanadnya adalah sahih atau hasan.

Dan telah mengsahihkan dia juga oleh Imam Ibnu Khuzaimah dan begitu juga Imam Ad-Dhia’ Al-Muqaddasi pada kitab Al-Mukhtarah.

Imam As-Suyuthi meriwayatkannya dalam kitab Jami’us Saghir dengan sanad yang sahih.

Imam Al-Baihaqi telah meriwayatkan hadith ini di dalam kitab Syu’abul Iman dengan lafaz:

الحَجَرُ الأسْوَدُ من الجَنَّةِ وكان أشدَّ بياضًا من الثلجِ حتَّى سَوَّدَتْهُ خطايا أهلِ الشِّرْكِ

Ertinya: “Bermula hajarul aswad itu dari syurga. Dan adalah ia lebih sangat putih daripada salji sehingga telah menghitamkannya oleh dosa segala orang musyrikin.”

Wallahua’lam

Sumber: FB Azhar Idrus

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: