Langgan newsletter kami!
Kementerian Kewangan Logo

Apa Itu Sijil MOF?

Apa itu Sijil MOF? Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia ataupun Ministry of Finance (MOF) telah memperkenalkan mekanisma Sijil MOF untuk memastikan kekayaan negara dapat diagihkan dengan betul melalui perolehan kerajaan. Ia juga seterusnya akan dapat memperkukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara selain dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk.

Permohonan lesen ini layak dimohon untuk mereka yang ingin menjalankan perniagaan merangkumi Syarikat Enterprise, Syarikat Sdn Bhd, Perkongsian atau syarikat yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) sahaja. Perlu ingat bahawa setiap jenis perniagaan mempunyai perbezaan dalam permohonan Sijil MOF.

Secara umumnya untuk menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia, anda perlu membuat permohonan lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan seterusnya mendapat sijil MOF. Dengan adanya sijil kewangan MOF ini, ia menunjukkan yang anda telah diperakukan dan boleh memasuki tender dan sebut harga yang diiklankan oleh pihak kerajaan melalui kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya.

Seperti sedia maklum, kerajaan Malaysia menggunapakai Sistem ePerolehan yang merupakan satu sistem elektronik atas talian yang diperkenalkan untuk memudahkan aktiviti perolehan kerajaan dengan para pembekal. Melalui sistem ePerolehan Malaysia, anda sebagai pembekal dapat mengurus dan memproses pesanan pembelian serta menerima bayaran daripada agensi kerajaan secara online. Para pembekal juga lebih mudah untuk dihubungi kerana segala maklumat telah dinyatakan di dalam sistem eP.

Bagi permohonan telah lulus, anda akan diberikan sijil kewangan MOF yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Sijil ini mesti diperbaharui setiap 3 tahun. Anda akan mempunyai akaun profil di dalam sistem ePerolehan bagi membolehkan para pembekal menghantar sebut harga, mendapatkan dokumen tender dan menghantar tawaran tender secara atas talian. Akaun MOF juga mempunyai kod bidang MOF yang tersendiri di mana kod bidang ini yang akan menentukan jenis-jenis tender atau sebut harga yang layak dipohon oleh pembekal.

Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: