Langgan newsletter kami!
Biodata Datuk Alha Alfa, Makeup Artist Dan Pengasas Kosmetik

Biodata Datuk Alha Alfa, Makeup Artist dan Pengasas Kosmetik

Biodata Alha Alfa

  • Nama Penuh: Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil
  • Nama Panggilan: Alha
  • Umur: 32 tahun (2020)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Bina
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Pekerjaan: Jurusolek Artis dan Pengasas Produk Kosmetik Alha Alfa Cosmetics
  • Instagram (IG): @alhaalfa
  • Facebook: @AlhaAlfa

Fakta Menarik

  • Mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2A 4B 3C.
  • Selepas SPM, bekerja sebagai tukang cat untuk menjana pendapatan kerana dirinya bukan berasal dari keluarga berada.
  • Di samping itu, beliau turut melakukan perkerjaan lain iaitu sebagai ‘pembuat Pizza’ di Pizza Hut untuk menambah pendapatan.
  • Berbekalkan sedikit simpanan, beliau menyambung pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perak.
  • Ketika belajar, Alha terus berusaha mengumpul duit dengan bekerja sebagai jurumekap sambilan, sambil menolong membiayai persekolahan dua adiknya.
  • Semasa pengajian, beliau pernah menerima Anugerah Dekan disebabkan kecemerlangannya.
  • Beliau seterusnya menyambung pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pula.
  • Di samping itu, kerjaya sebagai makeup artist turut berkembang sehingga terpilih dalam menjayakan beberapa produksi drama.
  • Beliau bijak mencari peluang apabila membina ‘networking‘ dengan beberapa selebriti popular yang sekaligus mengangkat namanya di persada dunia hiburan.

 

  • Beliau pernah bertugas sebagai pembantu peribadi kepada Amy Mastura.
  • Pada pertengahan 2017, beliau berjaya menghasilkan produk kosmetik sendiri yang diberi nama ‘Alha Alfa Cosmetics‘. Malahan beliau mempunyai lebih kurang seribu pelajar di bawah didikannya.
  • Jenama kosmetiknya pernah menjadi penaja utama bagi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Oktober 2018.
  • Pernah menyolek ramai selebriti popular tanahair antaranya Fasha Sandha, Ayda Jebat, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Zara Zya, Jihan Muse dan ramai lagi.
  • Berkahwin dengan seorang model bernama Noor Azlin Ismail pada 28 September 2019.
  • Beliau mengakui bahawa sikap matang yang ada pada diri Azlin membuatkan dia jatuh hati pada wanita itu.
  • Bagaimanapun, selepas hampir enam bulan melayari kehidupan bersama sebagai suami isteri, pasangan ini mengesahkan hubungan mereka berakhir dengan perceraian.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: