Langgan newsletter kami!
Foto Elly Mazlein

Biodata Elly Mazlein, Kak Lina Pom Pom Meletop

Karier nyanyian Elly Mazlein kembali meledak saat namanya diumumkan sebagai peserta program nyanyian Gegar Vaganza 3 (GV3). Sempat bertahan sampai minggu keempat, figura yang terkenal dengan jolokan ‘Kak Lina Pom Pom Meletop’ itu mengambil keputusan menarik diri daripada pertandingan berkenaan.

Sejak keluar daripada GV3, rezeki ibu tunggal itu semakin melimpah-ruah bukan sahaja dalam bidang nyanyian dan lakonan malahan dilantik menjadi duta produk pakaian, penjagaan kulit serta barangan bayi.

Jangan buang masa, mari kita berkenalan dengan penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Tersimpan ini.

Biodata Elly Mazlein

  • Nama Penuh: Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi
  • Nama Komersil: Elly Mazlein
  • Tarikh Lahir: 17 Disember 1980
  • Umur: 37 tahun (2017)
  • Asal: Slim River, Perak
  • Keluarga: Anak bongsu daripada dua adik-beradik
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Nama Anak: Putri Sara Sefhia
  • Lagu/Single: Bungaku Bakawali, Sabarlah Hati, Usah Ditambah Bara Tersimpan, Cukuplah Sekali, Janji Kekasih, Nyanyian Hujan (duet bersama Yassin) dan banyak lagi.
  • Genre Muzik: Pop, Irama Malaysia, Balada
  • Drama/Filem: Geras Khas, Sembilu Kasih, Bella, Spa Q, Ulek Mayang, Amukan Pocong, Amsyar, Bibah Bebah, Jalan Pintas Ke Syurga, Cinta Batu Belah, Kristal Maya, Janji Diana, Tangkai Jering, Awam Damia The Movie dan banyak lagi.
  • Nama Kelab Peminat: FemELLY
  • Instagram: https://www.instagram.com/iamellymazlein
  • Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sharifah_Aida_Mazlina_Bt_Syed_Hanafi

Perkara Menarik Tentang Elly Mazlein

  1. Sebelum dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pom Meletop, Elly Mazlein sebelum ini membiasakan diri dengan panggilan Ayin.
  2. Memulakan karier sebagai seorang penyanyi di NAR Records pada 1997 dan mengeluarkan sebanyak empat buat album studio dan dua album kompilasi bersama syarikat rakaman berkenaan.
  3. Datuk Yusoff Haslam merupakan orang yang bertanggungjawab mencungkil bakat Elly Mazlein dalam bidang lakonan.
  4. Gerak Khas, Sembilu Kasih (RTM) dan Bella (TV3) merupakan drama yang mengangkat nama Elly Mazlein di arena seni lakonan.
  5. Selain NAR Records, Elly Mazlein pernah bernaung di bawah syarikat rakaman, KRU Music.
  6. Pernah menjadi duta kepada Safi Balqis.
  7. Seorang Cat Lover dan mempunyai dua ekor kucing peliharaan yang diberi nama Adoi dan Naughty.
  8. Pernah berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun kemudian.
  9. Dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik menerusi drama Detik Itu (Radio Klasik) di Anugerah Seri Angkasa 2016.
  10. Pernah ditawarkan untuk menyertai Gegar Vaganza 2 (GV2) tetapi terpaksa menolak kerana mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kandungannya pada ketika itu.
  11. Ketika di GV3, Elly Mazlein mendapat tunjur ajar daripada jurulatih vokal merangkap juara Dangdut Star musim pertama, Fitri Hiswady.
  12. Agak popular di Instagram dengan empunyai hampir 500k followers.
  13. Bakal mengeluarkan produk kecantikan sendiri iaitu Lina Pom Pom Soap (sabun muka) nanti.

Elly Mazlein Kelihatan Manis Memakai Tudung

Foto Elly Mazlein

Elly Mazlein Selfie Berhijab

Elly Mazlein Vita Milk Booster

Gambar Elly Mazlein Bertudung

Gambar Elly Mazlein Dan Anaknya

Gambar Perkahwinan Elly Mazlein

Elly Mazlein Kak Lin Pom Pom Majalah URTV Cover

Print Friendly, PDF & Email

About Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: