Langgan newsletter kami!
Biodata Ewal Iqwal Anak Mel Wings

Biodata Ewal Ismail, Anak Kepada Mel Wings

Siapakah Ewal? Mungkin nama ini masih sedikit asing kepada peminat hiburan di Malaysia. Namun tahukah anda bahawa Ewal adalah anak kepada bekas vokalis kumpulan Wings iaitu Mel Wings, walaupun mengakui dia tidak mempunyai jiwa rock, biarpun bapanya seorang penyanyi genre berkenaan.

“Bapa saya seorang penyanyi rock tidak bermakna saya juga boleh jadi penyanyi rock seperti dia. Jiwa saya lebih kepada irama pop. Susah nak ubat mentaliti orang yang menyangka saya boleh menyanyi seperti bapa saya juga. Saya ada aliran muzik saya sendiri.”

Beliau kini semakin dikenali sebagai artis serba boleh kerana bakatnya dalam bidang nyanyian mahupun lakonan. Terbaharu, Ewal muncul dalam telefilem komedi keluarga bertajuk ‘Nenek Aku Instafamous‘ yang ditayangkan di TV1 RTM. Telefilem ini mengetengahkan Ewal sebagai pelakon utama. Selain itu, jejaka ini juga pernah muncul dalam rancangan TV seperti Aku Dia Lagu (TV3), Papa Ricky, Geng UPSR dan Dee – The Series yang ditayangkan di saluran Astro.

Selain berlakon, Ewal juga banyak meraih kejayaan dalam bidang nyanyian. Beliau banyak dikenali kerana berjaya meraih tempat ketiga di Akademi Fantasia Musim Ke-11 pada 2014 dan pilihan Top 10 di AF Megastar pada 2018. Beliau juga telah mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa dengan mewakili Malaysia ke World Championship Of Performing Arts dan World Best Talent di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Biodata Ewal

  • Nama Penuh: Ikhwal Hafiz bin Ismail
  • Nama Komersial: Ewal / Iqwal
  • Tarikh Lahir: 16 April 1992
  • Umur: 27 tahun (2019)
  • Status: Bujang
  • Asal: Teluk Intan, Perak
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Ibubapa: Bapa – Mel Wings (Ismail Zainuddin) / Ibu – Myn Khairuddin (Normyn Shah Khairuddin)
  • Genre Muzik: R&B, Dance, Pop, Rock, Balada
  • Pekerjaan: Penyanyi, Pelakon, Penulis Lirik, Produser, Komposer
  • Lagu / Single: Kembalikan Semula, Cerita Cinta Kita(duet bersama Indah Ruhaila), Seluruh Hidup, Sama Kamu
  • Drama / Rancangan TV: Nenek Aku Instafamous, Aku Dia Lagu, Papa Ricky, Geng UPSR dan Dee – The Series
  • Instagram: @ewalofficial

Pencapaian

  • Anugerah Artis Antarabangsa Terbaik – World Best Talent di KODAK Theatre, Hollywood
  • Anugerah Industri Hollywood – World Championship Of Performing Arts di Hilton Ballroom, Los Angeles
  • 4 Pingat Emas (Kategori R&B, Pop, Ballad, Rock) – World Championship Of Performing Arts di Hilton Ballroom, Los Angeles
  • 1 Pingat Perak (Kategori Original Works) – World Championship Of Performing Arts di Hilton Ballroom, Los Angeles
  • Astis Harapan Terbaik ASEAN, ASEAN Golden Melodies di Ho Chi Minh City
  • Tersenarai dalam Malaysian Book of Records sebagai ‘Artis Pertama Yang Merakamkan Album Dalam 6 Bahasa’, melalui Album ke-2, IQWAL 1 Malaysia.
Print Friendly, PDF & Email

About Azhan

Seseorang yang cuba mempersembahkan sesuatu bermakna buat masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This will close in 105 seconds

error: